26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Bersikap terbukalah terima teguran bekas KPN

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh DR MOHD ZUHDI MARSUKI

TEGURAN atau sesetengahnya menganggap ia sebagai rungutan yang diluahkan oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador beberapa hari sebelum beliau bersara, perlu didengar secara terbuka oleh semua pihak.

Sekiranya teguran itu demi kebaikan negara walaupun pedas, perlulah dipertimbangkan.

Sebenarnya kandungan teguran bekas KPN tersebut selari dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS sepertimana yang termaktub dalam BPMS, WINS, Manifesto Malaysia Sejahtera dan Model Kerajaan Teknokrat.

Boleh jadi ramai yang terlepas pandang dokumen-dokumen ini, justeru teguran bekas KPN tersebut seharusnya mengingatkan semua pihak terhadapnya.

bekas kpn
ABDUL HAMID BADOR

Di dalam Model Kerajaan Teknokrat seperti yang digagaskan oleh Presiden PAS, penglibatan golongan profesional di dalam urusan kepakaran mereka perlu dititikberatkan.

Di dalam Model Kerajaan Teknokrat, PAS mengusulkan supaya tadbir urus negara dilaksanakan secara profesional, demi mengelakkan berlakunya gejala politiking sekiranya dikelolakan sepenuhnya oleh ahli politik, yang sudah tentu mempunyai agenda politik kepartian.

Manakala di dalam Manifesto Malaysia Sejahtera pula yang dikemukakan oleh PAS bersama Gagasan Sejahtera (GAGASAN), teras pertama manifesto tersebut berkaitan dengan “Kerajaan Berintegriti dan Amanah”, jelas menyebut tentang usaha mengembalikan sistem pengasingan kuasa dengan memberikan kuasa sewajarnya kepada cabang Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif.

Baca juga:   PEMULIH kurangkan beban rakyat – Dewan Ulama Pas

Teguran bekas KPN ini saya lihat menekankan tentang profesionalisme dalam cabang eksekutif, mengelakkan berlaku politiking dalam tadbir urus, sistem pengasingan kuasa dan salah guna jentera kerajaan untuk tujuan politik kepartian.

Baca juga:   MP UMNO sokong Anwar: Pas minta penjelasan UMNO

Meskipun pahit bagi kita menerimanya, tetapi ia selari dengan apa yang diperjuangkan PAS selama ini.

Bagaimanapun, saya melihat apa yang disuarakan oleh bekas KPN itu memerlukan satu usaha yang mesti diterima secara sepakat oleh parti-parti dalam kerajaan dan pembangkang.

Ia melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 140, yang sememangnya memperuntukkan Menteri Dalam Negeri mengetuai Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).

Saya meragui parti-parti dalam PH mempunyai kesungguhan politik untuk meminda Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan, kerana sepanjang 22 bulan mereka memerintah, sedetikpun mereka tidak bercakap tentang keperluan meminda perkara tersebut.

Jika mereka boleh meyakinkan pembangkang ketika itu untuk meminda Perlembagaan Persekutuan tentang had umur mengundi 18 tahun, mengapa berkaitan SPP tidak boleh diusahakan.

Saya menyarankan kajian yang mendalam juga perlu dilakukan berkaitan penerapan Model Kerajaan Teknokrat dan Sistem Pengasingan Kuasa supaya ia sesuai dengan peruntukan yang telah sedia ada di dalam Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta berkaitan.

Teguran bekas KPN tersebut perlu dilihat secara positif untuk kerajaan memulakan inisiatif ke arah itu.

Baca juga:   Fokus kerajaan perangi COVID-19, bukan PRU-15

Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Polis siasat dakwaan kebocoran data 4 juta rakyat Malaysia

CYBERJAYA – Polis kini sedang berusaha untuk mengenal pasti dalang serta punca kebocoran data milik 4 juta rakyat Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan