25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

PKP Kuala Lumpur, 17 kluster baharu dikesan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh Kuala Lumpur mulai 7 hingga 20 Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak 1 April sehingga 27 April lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu telah direkodkan di seluruh Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP Kuala Lumpur sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Berikut merupakan antara SOP yang telah ditetapkan:

Dengan itu, pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan, KECUALI atas urusan kerja dan kecemasan.

Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam sahaja.

Walau bagaimanapun, dine-in di kedai makan adalah TIDAK DIBENARKAN. Makanan haruslah dibungkus untuk dibawa pulang sahaja.

Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bagaimanapun stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.

Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa.

Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.

Bazar ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat.

Baca juga:   Jangan fikir kalian kebal, Dr. Nor Azimi tegur kluster raya
Baca juga:   Agong titah semua pihak bekerjasama perangi Covid-19

Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri melalui pihak berkuasa
tempatan (PBT).

Ismail Sabri menambah, PKP turut dikuatkuasakan di 14 mukim dalam daerah Besut iaitu Kampung Raja, Lubuk Kawah, Pelagat, Tenang, Keluang, Bukit Kenak, Kubang Bemban, Jabi, Kerandang, Pengkalan Nangka, Pasir Akar, Tembila, Bukit Puteri dan Kuala Besut mulai 7 hingga 20 Mei.

Selain itu, menurut beliau, tiga daerah di Johor Bahru iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi serta Mukim Taiping di Perak diletakkan di bawah PKP bagi tempoh yang sama. – EDISI 9

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan