27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Polis siasat keluarga selebriti tempatan sambut raya

Mesti Baca

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap seorang selebriti tempatan dan ahli-ahli keluarganya yang didakwa berkumpul beramai-ramai di dalam sebuah rumah pada Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, satu laporan polis telah dibuat kira-kira pukul 10.25 malam tadi berkaitan rakaman video yang tular melibatkan keluarga selebriti tempatan yang merakamkan detik sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.

Menurut beliau, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah rumah yang terletak di Pinggir Zaaba di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi selama 26 saat ini dimuat naik melalui akaun Instagram kakak kepada selebriti tempatan berkenaan.

“Video tersebut memaparkan ahli keluarga selebriti tersebut yang didapati berkumpul di sebuah rumah semasa sambutan 1 Syawal.

“Video ini telah dikongsi oleh netizen melalui laman sosial Twitter.

“Kes masih dalam tindakan penyiasatan polis dan disiasat di bawah Peratuan 17 P. U (A) 225/ 2021,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Rakaman video yang tular itu telah mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Anuar menambah, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Wilayah Persekutuan berkuat kuasa mulai 7 Mei hingga 20 Mei 2021 dengan menetapkan bahawa rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan kerajaan negeri) adalah tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran PDRM.

Beliau memberitahu, pergerakan di dalam kawasan Kuala Lumpur bagaimanapun dibenarkan dan ia dikira sebagai satu kawasan jangkitan.

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan keluarga selebriti tempatan ini dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Sebarang aktiviti yang bertentangan dengan SOP termasuk penyalahgunaan permit merentas negeri boleh dikenakan tindakan undang-undang,” jelasnya.

Anuar berkata, sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – EDISI 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan