26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Kes baharu terus meningkat, Selangor kekal tertinggi

Mesti Baca


CYBERJAYA – Kes baharu COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dalam tempoh 24 jam lepas apabila 4,865 kes direkodkan hari ini berbanding 4,446 kes semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 479,421 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, dalam tempoh itu Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,743 kes diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (477).

Johor merekodkan 407 kes diikuti Kelantan (406), Kedah (244), Pulau Pinang (220), Perak (160), Terengganu (156), Pahang (152), Negeri Sembilan (149), Melaka (127), Putrajaya (9), Labuan (6) dan Perlis (2).

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham berkata, kemunculan varian-varian baharu yang membimbangkan (VOC) amat merisaukan kerana kebanyakan pesakit tidak menunjukkan gejala, malah ujian saringan COVID-19 juga sering mencatatkan keputusan negatif sekalipun ada pesakit sudah berada pada tahap kritikal.

Baca juga:   Kuota VTL: Malaysia-Singapura buat penilaian risiko

Beliau berkata varian-varian VOC itu juga merebak dengan lebih cepat dan dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi.

Katanya kebanyakan pesakit yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala seperti batuk atau demam tetapi hanya sakit sendi, berasa lemah badan, kelesuan dan hilang selera makan.

“Ada sebahagian daripada pesakit ini tidak menunjukkan gejala-gejala awal COVID-19 yang biasa seperti kehilangan deria bau atau deria rasa. Namun, varian baharu ini cepat merebak terus ke paru-paru.

Baca juga:   Pemuda UMNO mahu SPRM segera diletak di bawah Parlimen

“Sebilangan besar pesakit juga tidak menunjukkan gejala demam walaupun terdapat tanda-tanda radang paru-paru yang dikesan melalui imbasan X-ray,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan terdapat tiga varian VOC di negara ini iaitu varian Afrika Selatan (B.1.351), varian United Kingdom (B.117) dan varian India (B.1.617.1).

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri bagi mengelak dijangkiti wabak berkenaan.

Ini kerana katanya gelombang COVID-19 kali ini adalah lebih bahaya berbanding gelombang sebelumnya.

“Jangan kita lalai dan kita mesti sentiasa berwaspada. Duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting. Kita perlu amalan PKP kendiri,” katanya.

Beliau juga terus mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan daripada pergi ke tempat-tempat sesak dan ruang sempit, sentiasa menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan sabun atau cecair pensanitasi. – Edisi 9

Baca juga:   Bersauh secara haram, dua kapal tangki asing ditahan

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan