24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Chang Khim biadab, patut malu dengan diri sendiri

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Tindakan pemimpin DAP, Datuk Teng Chang Khim mengkritik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin, adalah satu perbuatan biadab dan tidak patriotik.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Datuk Razali Idris berkata, Chang Khim yang juga Exco kerajaan negeri Selangor sepatutnya malu dengan diri sendiri dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Menurut beliau, kritikan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang itu tidak melambangkan keperibadian beliau sebagai seorang Exco, ADUN dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dan kedamaian sejagat.

“Justeru, saya mendesak YB Teng Chang Khim memohon maaf kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia serta menarik balik kenyataan biadab beliau,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Chang Khim melalui hantaran dalam akaun Facebook miliknya mengkritik secara biadab kenyataan Muhyiddin yang menegaskan pendirian Malaysia dalam isu Palestin.

Razali turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menyiasat sama ada pemimpin-pemimpin politik tertentu menjadi boneka kepada negara haram Israel.

Advertisements

Beliau juga mempersoalkan sama ada pihak tertentu menerima arahan daripada rejim Zionis Israel bagi menggugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara seperti Malaysia yang teguh menyokong perjuangan dan kemanusiaan rakyat Palestin.

“Saya mengulangi pendirian tegas bagi parti Bersatu supaya jangan ada pihak-pihak tertentu yang mencuba menganggu-gugat keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” jelasnya.

Razali menambah, pendirian Malaysia terhadap Palestin tidak ada kena mengena langsung dengan pandemik COVID-19 kerana ia adalah dua isu yang sangat berbeza.

Menurut beliau, isu yang berlaku di Palestin bukannya diminta tetapi akibat kerakusan dan kekejaman Israel yang dirancang dan berulang-ulang.

“Maka tidak berasas langsung andainya dakwaan bahawa YAB Perdana Menteri cuba mengalih persepsi rakyat Malaysia dalam permasalahan dalaman negara seperti pandemik COVID-19.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa fokus dalam apa jua bentuk demi kesejahteraan rakyat dan prihatin dengan permasalahan sejagat,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan