25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Saya tahu rakyat marah, tapi kerajaan tiada pilihan – Ismail Sabri

Mesti Baca

CYEBERJAYA – Tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah bertujuan menyusahkan rakyat tetapi demi menyelamatkan nyawa mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tahu rakyat marah khususnya berhubung pengumuman pelaksanaan PKP.

‘’Usaha tersebut tidak lain bertujuan memastikan keselamatan rakyat negara ini. Saya tahu rakyat marah…tujuan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa rakyat,’’ katanya pada pemberita, di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM).

Ismail Sabri turut menafikan dakwaan yang dilemparkan kepada kerajaan selepas pengumuman PKP menjelang perayaan Aidilfitri minggu depan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, keputusan itu kerajaan berdasarkan Hotspots Identification For Dynamic Engagement (HIDE) yang dibangunkan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpandukan MySejahtera.

“Rakyat kena faham bukan tujuan kerajaan untuk menyusahkan, Kita tidak mahu Malaysia akhirnya menjadi seperti India selepas beberapa pemimpin negara iyu mengisytiharkan menang dalam peperangan menentang Covid-19 dan mula memberikan kebebasan.

“Akibatnya berlaku penularan Covid-19 di India sehingga kerajaan tidak mampu mengawalnya,” kata beliau.

Advertisements

Ismail Sabri berkata, melalui pembentangan KKM tidak mustahil selepas Aidilfitri kes Covid–19 boleh meningkat kepada 5,000 sehari jika masih gagal mengekang pandemik tersebut.

“Jika meningkat menjadi 10,000 kes, kita mungkin jadi macam India dan kerajaan tidak mahu melihat rakyat mati bergelimpangan seperti di negara itu.

“Disebabkan itu, intervensi perlu dilakukan dengan segera dan saya harap rakyat faham tindakan dilakukan untuk melindungi nyawa mereka,” katanya.

Katanya, kerajaan tidak mahu menjadi kerajaan tidak bertanggungjawab jika keadaan itu berlaku dan atas sebab sayangkan rakyat, PKP merupakan jalan terbaik.

Beliau mengambil contoh perkembangan COVID-19 di Kelantan yang berlaku secara mendadak sehingga hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) terpaksa membuka hospital sementara kerana katil hospital sedia ada tidak mencukupi.

“Perkara ini tidak mustahil berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan peningkatan kes yang mendadak,” katanya.

Kerajaan mengisytiharkan PKP di beberapa daerah di Selangor, Johor, Perak dan Kuala Lumpur selama dua minggu bermula kelmarin dan semalam.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan