24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ibu tunggal dakwa dirogol, rupanya suka sama suka

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seorang ibu tunggal membuat laporan polis mendakwa dirogol selama empat hari berturut-turut di sebuah pusat kuarantin di Pengkalan Chepa, tetapi siasatan mendapati kejadian berlaku secara sukarela kerana dia suka lelaki berkenaan.

Hari ini Siti Nashurah Mat Daud, 26 mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi maklumat palsu dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri di Mahkamah Majistret, Kota Bharu.

Memetik laporan portal Malaysiakini, mengikut pertuduhan, tertuduh memberi maklumat palsu kepada anggota polis bahawa dirogol oleh Mohamad Rizwan Abdullah, 34, dengan niat tindakan diambil terhadap lelaki berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kaunter Balai Polis Pengkalan Chepa jam 5.58 petang, 1 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan seksyen sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan ketika kejadian seorang urusetia pusat kuarantin itu mendapati seorang lelaki keluar daripada bilik tertuduh sebelum tertuduh membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol selama empat hari berturut-turut bermula pada 28 April hingga 1 Mei lalu.

Advertisements

Namun siasatan dan keterangan terhadap mereka mendapati kejadian itu berlaku secara sukarela dan tertuduh mengaku merasa suka terhadap lelaki yang baru dikenalinya itu.

Tertuduh juga merupakan bekas banduan yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara selama enam bulan atas kesalahan ugutan jenayah sebelum dimasukkan ke pusat kuarantin tersebut.

Sementara itu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin yang memohon jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nazriani Nik Ab Rahman memohon jaminan minima memandangkan dia seorang ibu tunggal dan perlu menyara tiga orang anak.

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Jun bagi sebutan semula kes.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan