25.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Menang emas Piala Dunia: Pandelela anggap satu keajaiban

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita Piala Dunia FINA 2021 semalam menganggap kemenangannya itu adalah satu keajaiban.

Malah atlet berusia 28 tahun itu tidak menyangka dia boleh mengungguli acara tersebut mempamerkan terjunan bertenaga dan menyakinkan di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun.

Pandelela meraih 355.7 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan, mengatasi penerjun tuan rumah Matsuri Arai (342.00 mata) di tempat kedua dan Caeli Mckay dari Kanada meraih gangsa dengan 338.55 mata.

It’s truly a miracle tonight. Praise God (Ini benar-benar satu keajaiban malam ini. Syukur Tuhan),” kata Pandelela ringkas menerusi Twitternya.

Mungkin ketiadaan penerjun-penerjun dari China yang tidak mengambil bahagian dalam acara kali ini membuka peluang lebih selesa kepada Pandelela.

Kejayaan meraih pingat emas itu menjadikan Pandelela satu-satunya atlet yang menyumbang pingat buat pasukan terjun negara yang menggalas cabaran ke Piala Dunia kali ini.

Pada saingan separuh akhir, Pandelela menduduki tempat ketiga dengan 333.00 mata di belakang Mckay dengan 343.85 mata manakala Andrea Spendolini Siriex di tempat kedua dengan 336.00 mata.

Sementara itu Bernama melaporkan, kejayaan Pandelela turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang pantas mengucapkan tahniah kepada atlet negara itu menerusi akaun Twitter dan Facebooknya.

“Defied the odds and now she stands at the top of the podium! (Mengatasi segala kemungkinan dan kini dia berdiri di podium utama!) Tahniah @Pandelela_R !!

“Kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kita semua sebelum acara yang terbesar tahun ini. So so proud of you (Sangat sangat bangga dengan kamu) Pandelela #DemiMalaysia #KontinjenMalaysia,” katanya.

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan