31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

PM doakan Pandelela terus tambah pingat di Budapest

Ratu terjun negara itu akan turun beraksi bersama Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama esok

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan meriah pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia 2022 dalam acara 10 meter platform wanita di Budapest, Hungary hari ini.

Perdana Menteri berharap kejayaan tersebut akan mendorongnya beraksi dalam acara-acara lain sekali gus menambahkan lagi jumlah pingat terutama dalam aksi 10m platform seirama dengan Nur Dhabitah Sabri Khamis ini.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong atas kemenangan pingat gangsa bagi acara 10m platform wanita di Kejohanan Dunia 2022, Budapest, Hungary, hari ini.

“Saya doakan agar beliau meraih pingat seterusnya semasa acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri Khamis ini,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Pandelela berjaya mengutip 338.85 mata untuk berada pada kedudukan podium sekali gus memperbaiki catatan pusingan separuh akhir semalam.

Di peringkat separuh akhir, atlet kelahiran Sarawak itu berada pada kedudukan ketujuh dengan kutipan 313.15 mata dan layak beraksi di pentas final.

Advertisements

Seperti dijangka, juara dunia 2019 yang berumur 16 tahun, Chen Yuxi dari China meraih pingat emas dalam acara tersebut dengan kutipan 417.25 mata secara keseluruhan.

Manakala rakan senegaranya yang juga pemenang pingat emas Olimpik Tokyo, Quan Hongchang yang berumur 15 tahun berada di tempat kedua selepas mengutip 416.96 mata.

Pandelela yang memenangi pingat emas kejohanan terjun Piala Dunia 2021 di Tokyo.

Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima dalam acara 10m platform, namun membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Datuk Leong Mun Yee.yo, adalah atlet paling senior dalam acara 10m platform wanita di Budapest.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan