34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lima sekeluarga termasuk bayi maut kereta bertembung treler

Berdasarkan dokumen pengenalan diri ditemukan, semua mangsa berasal dari Simpang Empat, Semanggol, Perak.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LIMA sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri selepas kereta mereka naiki bertembung dengan sebuah treler berhampiran stesen minyak Five, Jalan Kuantan-Segamat dekat Kampung Pulau Manis, Kuantan, Pahang, hari ini.

Kesemua mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia tujuh tahun, enam tahun dan seorang bayi yang menaiki kereta jenis Toyota Corolla itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dirempuh treler jenis Nissan.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pasangan suami isteri, Muhammad Rosli Ibrahim, 33, dan Nor Afiqah Abdullah Sani, 35, serta tiga anak mereka, Nur Safwa Irdina, 7, Nur Sofea Raida, 6, serta bayi yang belum diperoleh maklumatnya. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu, pasukan menyelamat menerima laporan kejadian pukul 3.40 petang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta terbabit yang datang dari arah Muadzam Shah memasuki laluan treler yang berada di laluan bertentangan.

“Bagaimanapun pemandu lori itu cuba mengelak ke kiri jalan, namun kerana jarak terlalu dekat telah melanggar di bahagian hadapan kereta terbabit.

“Berdasarkan dokumen pengenalan diri ditemukan, semua mangsa berasal dari Simpang Empat, Semanggol, Perak. Pemandu dan kelindan treler yang terbabit dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, akibat kemalangan itu, pemandu dan semua penumpang kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ekoran kecuaian pemandu kereta yang tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku.

“Keadaan kedua-dua kenderaan remuk di bahagian hadapan yang mana kereta terbabit remuk di keseluruhan bahagian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan