Tuesday, July 21, 2026

Kimberly hadirkan terjunan emas negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENERJUN negara, Kimberly Bong menjelma pingat emas buat kem negara di Sukan SEA Kemboja 2023 selepas memenangi acara 3 meter (m) papan anjal di Pusat Akuatik Morodok hari ini.

Atlet kelahiran Sarawak itu muncul juara selepas mengutip 276.30 mata selepas lima terjunan.

Bagaimanapun, hasrat pasukan terjun negara untuk meraih kemenangan 1-2 tidak kesampaian apabila seorang lagi wakil negara, Ong Ker Ying menamatkan terjunan dengan pengutan 248.70 mata.

Penerjun Indonesia, Gladies Lariesa Garina meraih pingat perak selepas mengutip 273.10 mata.

Untuk rekod, pada kejohanan Sukan SEA di Hanoi yang lalu, Malaysia menyapu bersih kesemua lapan pingat emas emas yang dipertandingkan.

Namun, di Kemboja pula menyaksikan hanya empat pingat emas menjadi rebutan dan kesemuanya adalah daripada acara individu. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan