32.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 15, 2024

Enrique menang, Malaysia sapu bersih emas acara terjun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ATLET negara, Enrique Maccartney Harold menyumbang pingat emas ke-22 negara di Sukan SEA Kemboja 2023 selepas memenangi acara 10 meter (m) platform lelaki Pusat Akuatik Morodok Techo hari ini.

Penerjun dari Sarawak itu mencatat 442.95 mata selepas lima terjunan menewaskan rakan senegara, Bertrand Rhodict Lises yang meraih perak selepas mengutip 384 mata.

Pingat gangsa pula dimenangi oleh penerjun dari Singapura, Max Lee Shen Onn yang mencatatkan 362.80.

Kejayaan Enqrique ini bermakna skuad kem terjun negara menyampu bersih kesemua empat emas yang dipertandingkan dalam acara tersebut.

Advertisements

Kem terjun negara sebelum ini meraih lima pingat secara keseluruhan dengan tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

Pingat emas negara disumbangkan Kimberly Bong dalam acara 3m papan anjal wanita, Muhammad Shafiq Puteh (3m papan anjal lelaki) dan Lee Yiat Qing (platform wanita).

Sementara itu, pingat perak negara diraih Gabriel Gilbert Daim dalam acara 3m papan anjal lelaki dan pingat gangsa diperoleh dari Ong ker Ying (3m papan anjal wanita). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pearly-Thinaah tamatkan kemarau, juarai Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah menjuarai badminton Terbuka Hong Kong selepas menyingkirkan beregu China Liu Sheng Shu-Tan Ning...

Lagi Artikel Berkaitan