27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Delegasi Malaysia ke Brussel, dapat penjelasan sebenar EUDR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DELEGASI Malaysia akan mengadakan pertemuan bersama kepimpinan EU di Brussel termasuk pihak industri bagi mendapatkan penjelasan sebenar dengan pengenalan Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, usaha pertemuan itu sebagai jaminan tidak akan menjejaskan terutamanya pekebun kecil.

“Keduanya, tidak akan ada tindakan semberono di mana bila produk kita sampai di sana ia akan disekat dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka anjuran Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria, Putrajaya hari ini.

Selain itu, pertemuan itu juga katanya yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, penting bagi menjalinkan hubungan persefahaman antara negara satu sama lain.

Usaha itu jelasnya, termasuk perincian terhadap isu kelestarian alam sekitar selari dengan standard dunia.

“Malaysia juga memberi komitmen bahawa pematuhan kepada alam sekitar dan segala standard antarabangsa termasuk pekerja dengan mewujudkan skim pensijilan minyak sawit mampan Malaysia (MSPO).

“Ini bagi memastikan kelestarian alam sekitar agar tidak akan ada lagi pembukaan hutan-hutan simpan kekal… diceroboh dan sebagainya.

Advertisements

“Inilah komitmen kita, sebab itu pentingnya misi hujung bulan ini, diharapkan kita akan dapat penjelasan yang lebih baik dan komitmen daripada mereka (EU) supaya Malaysia tidak akan di rating sebagai negara yang berisiko tinggi, tidak sepatutnya berlaku sedemikian apatah lagi kepada pekebun kecil,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Malaysia turut menyambut baik komitmen negara jiran iaitu Indonesia yang turut membawa suara yang sama berhubung isu berkenaan.

Jelas Fadillah, kesepakatan itu juga telah dibuat bersama Indonesia selain kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk mengangkat isu terbabit di peringkat ASEAN.

“Misi kita di Eropah juga bersama Indonesia, ini hasil perjumpaan Presiden Indonesia dan Perdana Menteri kita… diikuti dengan perjumpaan saya dengan menteri penyelaras berhubung perdagangan.

“Insya-Allah dibincangkan di ASEAN Summit supaya ia tetap menjadi agenda di peringkat Asia, bukan kelapa sawit sahaja, perkayuan dan komoditi lain” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, EU menyatakan pekebun kecil Felda yang mengeluarkan sawit tidak akan menerima implikasi berhubung pelaksanaan EUDR.

Duta Besar EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata, ini berikutan peserta projek tanah Felda itu tidak terbabit dalam usaha pembasmian hutan bagi membuka ladang-ladang baharu sejak 1990. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Visa Perubatan: Imigresen beri kerjasama penuh siasatan EAIC

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke...

Lagi Artikel Berkaitan