28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kos RM50 juta untuk selenggara institusi pendidikan MARA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan pembangunan tahun 2023 berjumlah RM50 juta bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan semua institusi pendidikan MARA.

Peruntukan itu diumumkannya ketika berucap pada sesi ramah mesra sempena Lawatan Kerja Rasmi beliau ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Berkongsikan mengenai perkara itu, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas peruntukan berkenaan.

Menurutnya, peruntukan berkenaan adalah bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan semua MRSM, Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Mara (KM) dan Kolej Profesional Mara (KPM) seluruh negara.

Pengumuman ini dibuat sebagai respon dan laporan 18 siri lawatan ke pusat-pusat MARA yang sempat saya dan pasukan laksanakan dalam tempoh sebulan selepas melapor diri di MARA pada Mac lalu.

“Insya-Allah saya dan pasukan di MARA akan menyegerakan kerja-kerja ini demi keselesaan para pelajar kita,”katanya yang turut bersama dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri itu.

Advertisements

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah atas keprihatinan meluluskan pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) buat seorang Pelatih di GiatMARA Beaufort.

Menurutnya, pelatih berkenaan Jumin Ansiu dan seluruh keluarganya yang menjadi mangsa kebakaran di Kuala Penyu, Beaufort.

Sementara itu, Asyraf Wajdi turut memaklumkan MRSM Kota Kinabalu kini akan dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman dan perkara itu turut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri hari ini.

“Tan Sri Musa Aman adalah mantan Ketua Menteri Sabah yang ke-14 dan mentadbir negeri di bawah bayu ini selama 15 tahun.

“Dalam tempoh yang stabil ini, Sabah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan pembangunan wilayah yang rancak.

“MARA amat berbangga dengan penghormatan ini dan berusaha untuk meletakkan MRSM Tan Sri Musa Aman ini antara MRSM terbaik dan pilihan utama bagi rakyat Sabah itu sendiri,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan