26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 2, 2023

Malaysia-New Zealand perkukuh hubungan dua hala

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Nanaia Mahuta di Wellington.

Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, pertemuan itu membincangkan status kerjasama dua hala sedia ada, serta usaha mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Kedua-dua Menteri juga saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Lawatan ini merupakan lawatan pertama Menteri Luar ke rantau Pasifik selepas pelantikan beliau,” katanya hari ini.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin itu turut menyaksikan pemeteraian dokumen Rakan Kerjasama Strategik Malaysia–New Zealand. 

Malaysia telah diwakili Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala, Datuk Norman Muhamad, manakala New Zealand diwakili Timbalan Ketua Setiausaha, Amerikas dan Asia, MFAT, Deborah Geels.

Wisma Putra berkata, perkongsian strategik itu dijangka meningkatkan kerjasama dua hala sedia ada ke peringkat yang lebih tinggi.

Zambry mengadakan lawatan kerja pertama selama tiga hari ke New Zealand sejak dilantik menyandang jawatan yang turut diiringi para pegawai kanan dari Kementerian Luar. – Edisi 9

Terkini

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Esok bakal menentukan siapa...

Lagi Artikel Berkaitan