25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hentikan hasrat mahu tumbangkan Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBANGKANG disaran supaya berhenti berangan untuk kembali berkuasa dan tumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, cukuplah bermimpi ke Putrajaya, fokus dahulu kepada usaha untuk membangunkan negara.

“Rakyat mahukan kestabilan dan kemajuan ekonomi. Kalau kerap berpolitik begini, pelabur pun segan untuk datang.

“Kelmarin, apabila ahli MPT Bersatu memberi bayangan angka ‘126’ dalam satu hantaran di Facebooknya, ahli politik kecoh dengan mengaitkan angka itu sebagai jumlah ahli parlimen yang akan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau turut mempersoalkan tidak bosankah pemimpin pembangkang setiap hari berangan untuk kembali berkuasa.

“Masa berkuasa 33 bulan dahulu pun gagal sehingga rakyat terpaksa menaikkan bendera putih, dan sekarang ini hendak cuba tebuk atap 2.0 pula.

“Jika hendak uji pengaruh, pergi ke lantai dewan dan buat undi tidak percaya. Jika tidak yakin untuk melakukannya, nasihat saya terimalah realiti Perikatan Nasional (PN) itu adalah pembangkang,”katanya.

Mohammad Agus turut mahu pembangkang memberi peluang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menguruskan negara.

“Saya tidak faham dengan pembangkang ini. Jika PMX yang bercita-cita untuk menjadikan Malaysia negara bebas rasuah pun hendak ditumbangkan, apa lagi yang boleh diharapkan dengan orang politik ini, terutamanya yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Advertisements

“Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini. Bagi ruang kepada PMX uruskan negara. Tunggulah Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) supaya kita serahkan semula mandat kepada 20 juta pengundi untuk membuat keputusan. Itu lebih absah,”katanya.

Ujar beliau, kembali kepada angka 126, boleh jatuhkah Kerajaan Perpaduan ini.

“Saya baharu selesai membaca monograf terbaharu Kai Otswald yang diterbitkan oleh ISEAS pada 2 Mei 2023 bertajuk Why Malaysia’s Unity Government will (probably) survive?

“Dapatan beliau hampir sama dengan pandangan saya. Sukar jikapun tidak mustahil. Ini kerana PMX dan kerajaan perpaduan mendapat sokongan daripada Raja-Raja Melayu, berhati-hati dalam mengendali hal ehwal Melayu-Islam, agenda Malaysia Madani mula meresap dalam sanubari bangsa Malaysia, PMX berkarisma dalam soal mengangkat martabat rakyat, melawan perasuah dan menoktahkan kemiskinan.

“Di pihak oposisi pula, ternyata ia gagal menjadi pembangkang untuk mengkritik secara konstruktif dasar-dasar kerajaan dan menjalankan peranan semak dan imbang.

“Mereka hanya berjaya mencipta kelesuan dan keresahan politik.

“Tetapi, jika melihat kepada keyakinannya bahawa kerajaan ini tumbang, saya katakan cara pembangkang berangan dan bermimpi, ular pun boleh keluar kaki. Nakal sungguh pembangkang,”katanya.

Beliau mengulas spekulasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman kononya Perikatan Nasional kini mendapat sokongan 126 ahli Parlimen. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan