Tuesday, July 21, 2026

Lori bawa kereta terbalik, laluan Seremban-PD sesak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU kemalangan membabitkan sebuah lori pembawa kereta dilaporkan berlaku di Kilometer 263.1 (arah selatan) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan Seremban ke Port Dickson.

Berdasarkan perkongsian Twitter Plusline, setakat jam 11.22 pagi tadi, kesesakan berlaku di sepanjang lapan kilometer arah selatan.

“Trafik dilaporkan perlahan sepanjang empat kilometer arah utara,” menurut ciapan tersebut.

Difahamkan berdasarkan status terkini, lorong kanan dan lorong tengah masih ditutup bagi kerja-kerja pengalihan.

PLUS turut menasihatkan orang ramai untuk merrancang perjalanan serta mematuhi arahan pengawal dan papan tanda trafik di lokasi. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan