34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PDRM hadkan pergerakan rentas daerah, negeri

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengawasi dan mengehadkan pergerakan terutamanya yang melibatkan rentas daerah dan negeri.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah lebih ketat diambil ekoran perbuatan segelintir anggota masyarakat yang menyalahgunakan atau memalsukan kebenaran serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa merentas daerah dan negeri.

Menurut beliau, PDRM juga akan lebih teliti dalam mempertimbangkan kelulusan kebenaran rentas daerah dan negeri yang dipohon.

“Dalam usaha ini, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar SOP dan akan mengambil tindakan tegas selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan bersama-sama memainkan peranan dalam mengekang penularan wabak ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kes baharu COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dalam tempoh 24 jam lepas apabila 4,865 kes direkodkan hari ini berbanding 4,446 kes semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 479,421 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, dalam tempoh itu Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,743 kes diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (477).

Advertisements

Johor merekodkan 407 kes diikuti Kelantan (406), Kedah (244), Pulau Pinang (220), Perak (160), Terengganu (156), Pahang (152), Negeri Sembilan (149), Melaka (127), Putrajaya (9), Labuan (6) dan Perlis (2).

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham berkata, kemunculan varian-varian baharu yang membimbangkan (VOC) amat merisaukan kerana kebanyakan pesakit tidak menunjukkan gejala, malah ujian saringan COVID-19 juga sering mencatatkan keputusan negatif sekalipun ada pesakit sudah berada pada tahap kritikal.

Beliau berkata varian-varian VOC itu juga merebak dengan lebih cepat dan dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi.

Katanya kebanyakan pesakit yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala seperti batuk atau demam tetapi hanya sakit sendi, berasa lemah badan, kelesuan dan hilang selera makan.

“Ada sebahagian daripada pesakit ini tidak menunjukkan gejala-gejala awal COVID-19 yang biasa seperti kehilangan deria bau atau deria rasa. Namun, varian baharu ini cepat merebak terus ke paru-paru.

“Sebilangan besar pesakit juga tidak menunjukkan gejala demam walaupun terdapat tanda-tanda radang paru-paru yang dikesan melalui imbasan X-ray,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan