25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

ICU dipenuhi pesakit Covid-19, pesakit biasa ‘dikorbankan’?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Peluang para pesakit bukan Covid-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal di hospital-hospital semakin mengecil berikutan unit kecemasan rapi (ICU) kini dipenuhi pesakit wabak berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bukan setakat ICU kini dipenuhi pesakit Covid-19, malahan wad-wad biasa juga sudah diubah menjadi wad-wad ICU.

Menurut beliau, paling ketara adalah bagi hospital-hospital di Lembah Klang yang mana penggunaan katil rawatan kritikal Covid-19 sudah mencapai 125 peratus manakala di seluruh negara sebanyak 74 peratus.

“Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan mencatatkan penggunaan katil Cov-19 ICU melebihi 80 peratus.

“Hospital Covid-19 telah meningkatkan jumlah katil ICU yang diperuntukkan untuk pesakit Covid-19 dengan mengubah fungsi (repurpose) wad biasa.

“Ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan COVID-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan,” kata beliau menerusi Facebooknya malam tadi.

Baca juga:   Covid-19 sebabkan pendapatan isi rumah terjejas ketara - Mustapa
Kadar penggunaan katil ICU berbanding jumlah katil yang ada di hospital-hospital kerajaan seluruh negara.

Dr Noor Hisham berkata, peningkatan kes-kes secara mendadak kebelakangan ini telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara.

Justeru, tegas beliau, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Rakyat adalah barisan hadapan yang amat penting pada ketika ini dan diharap untuk terus patuh duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar.
Kita tiada pilihan lagi, kita mesti jaga kita!,” rayu beliau.

Baca juga:   Produk Veklury diberi kelulusan rawatan COVID-19

Semalam, jumlah kes harian Covid-19 sekali lagi hampir mencecah 5,000 angka iaitu sebanyak 4,865 kes menjadikan keseluruhan kes di negara ini hampir setengah juta (479,421 kes).

Kes aktif sahaja mencapai 44,827 dengan 531 sedang bertarung nyawa di ICU dengan 277 memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala kes kematian juga terus meningkat dengan 47 kes kematian semalam menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat Covid-19 di negara ini ialah sebanyak 1,994 kes. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tun Daim bersimpati dengan nasib bekas pekerja Utusan

TOKOH konglomerat terkenal, Tun Daim Zainuddin melahirkan simpati kepada nasib bekas pekerja Utusan Melayu (Utusan) yang masih menunggu pampasan...

Lagi Artikel Berkaitan