24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini menamatkan serta merta perkhidmatan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Penamatan khidmat Tajuddin yang mula menerajui Prasarana pada 11 Mei 2020 itu dinyatakan dalam sepucuk bertarikh 26 Mei 2021
yang ditandatangani oleh Tengku Zafrul.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat,” demikian menurut surat tersebut, hari ini.

Tajuddin menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

Tindakan menamatkan khidmat Tajuddin dipercayai ada kaitan dengan cara beliau mengendalikan sidang akhbar semalam selepas kejadian LRT bertembung sehingga mengakibatkan mengakibatkan 64 orang dikejarkan ke hospital, enam daripadanya dalam keadaan kritikal.

Advertisements

Ketika menjawab satu soalan mengenai situasi di lokasi kemalangan LRT berkenaan, Tajuddin berkata “normal… hanya dua tren bersama, saling bercium…” dan kemudian ketawa kecil.

Cara Tajuddin mengendalikan sidang akhbar tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga pelbagai pihak menggesa beliau meletakkan jawatan.

Di Twitter hashtag #Tajuddinletakjawatan dan #Letakjawatan trending’ manakala sehingga pukul 7.30 malam ini petisyen yang menggesa pemecatan Tajuddin mendapat lebih 130,000 penandatangan. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan