26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pertimbang ‘lockdown’ penuh jika kes tidak turun – Sultan Johor

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah kerajaan harus mempertimbangkan lockdown penuh jika angka Covid-19 tiada tanda penurunan.

Titah baginda, biar kita telan ubat yang pahit sekarang daripada menanggung sakit yang melarat dan berterusan.

Pada masa sama Sultan Ibrahim melalui Facebook rasmi baginda menggesa semua lapisan masyarakat untuk bersikap komited kepada saranan self-lockdown bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Baginda yang melahirkan kebimbangan memandangkan kes baru Covid-19 hari ini sudah mencecah lebih 7,400 bertitah, hampir semua pihak perlu duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan.

”Virus itu tidak bergerak, tetapi disebarkan melalui pergerakan orang ramai.

”Kita bukan hanya perlu berdisiplin untuk tidak keluar dari rumah, tetapi kita juga perlu ada kesedaran bahawa tindakan kita keluar ke tempat awam mahupun rumah jiran sahaja, akan menyebabkan kita terjangkit atau kita sendiri menjadi pembawa dan menjangkiti orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri, fikirlah juga orang lain!,’’ titah baginda

Titah Sultan Ibrahim, semua mesti berdisiplin dan komited bagi menghalang kita semua terjerumus ke dalam situasi yang lebih parah lagi.

Baginda amat bersimpati dengan semua petugas barisan hadapan, terutamanya kakitangan perubatan, yang terpaksa menanggung bebanan besar yang dibawa virus itu.

“Kepenatan dan kegelisahan mereka jelas kelihatan, namun mereka tetap menjalankan tugas sebaik mungkin. Ingat, bukan Covid-19 sahaja penyakit yang perlu mereka tangani.

”Kasihanilah mereka. Kita semua harus bersatu memainkan peranan untuk mengurangkan beban mereka dan putuskan rantaian jangkitan demi kebaikan kita semua,” titah baginda.

Sultan Johor telah bertitah dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi perbualan telefon dan disembah maklum tentang situasi terkini COVID-19 pada hari ini.

“Kemunculan varian-varian baharu juga amat menakutkan, yang kini boleh dibawa udara (airborne). Jika jangkitan terus menular, saya risau akan bertambah-tambah lagi varian virus berbahaya ini.

”Dalam keadaan tidak menentu kini juga, saya menyeru kepada pihak yang berkemampuan untuk tampil membantu mereka yang telah ditimpa kesusahan dalam apa jua bentuk yang boleh,” titah baginda. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan