24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MU terus kemarau juara, gagal raih trofi Liga Europa

Mesti Baca

MANCHESTER United gagal meraih trofi Liga Europa apabila tewas penentuan sepakan penalti 10-11 kepada Villarreal dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Gdsank, Polandia awal pagi ini.

Penentuan sepakan penalti diadakan apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Kekalahan tersebut meneruskan mimpi buruk The Red Devil berdepan sepakan penalti. Sebelum ini MU pernah tewas lima kali daripada enam perlawanan yang berakhir dengan sepakan penalti.

Kekalahan itu juga meranapkan impian MU untuk meraih gelaran setelah kali terakhir memenangi trofi Liga Europa pada musim 2016/2017 ketika di bawah Jose Mourinho.

Biarpun mendominasi perlawanan dan serangan, namun MU buntu mendapatkan jaringan sepanjang perlawanan tersebut.

Gawang MU terlebih dahulu bocor menerusi jaringan Gerard Moreno hasil sepakan percuma pada minit ke-30 yang gagal diselamatkan David de Gea.

Advertisements

Ketinggalan 1-0, MU terus mengasak ke kubu Villarreal tetapi gagal menerobos pertahanan lawan yang ketat sehingga separuh masa pertama berakhir.

Masuk babak kedua, MU meneruskan asakan dan akhirnya membuahkan hasil menerusi Cavani yang memanfaatkan sepakan deras Macus Rashford yang gagal ditahan kemas penjaga gol Villarreal.

Jaringan 1-1 bertahan sehingga tamat 90 minita sebenar. Berlangsung 30 minit masa tambahan, kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sehingga terpaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Masing-masing 11 pemain mengambil sepakan penalti tersebut sehingga tiba giliran de Gea apabila sepakannya berjaya ditepis penjaga gol Villarreal.

Ini merupakan trofi utama yang dimenangi Villarreal sejak kelab itu ditubuhkan 98 tahun lalu. – Agensi

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan