26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Tajuddin mohon maaf, berjanji letak jawatan Pengerusi Prasarana

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memohon maaf atas cara beliau mengendalikan sidang media berhubung kemalangan tren LRT, semalam.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga berjanji akan melepaskan jawatannya itu sebaik diarahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sepertimana diputuskan dalam perhimpunan agung parti itu Mac lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menghubungi Tajuddin selepas dia dikecam teruk kerana mengendalikan sidang media secara berseloroh dan tidak bersungguh-sungguh mengenai insiden itu, semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Tajuddin sendiri mengakui bahawa sidang media tersebut sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik dan penuh empati serta maklumat.

“Dia juga akan meminta maaf kepada wartawan yang hadir terutama wartawan Phoenix TV,” kata Najib menerusi Facebooknya hari ini.

Najib berkata, Tajuddin turut meminta Prasarana menaikkan jumlah bantuan kewangan kepada semua mangsa yang cedera dalam insiden tersebut dari RM1,000 kepada satu angka yang lebih memuaskan.

“Ini bukan pampasan tetapi bantuan kecemasan untuk mangsa. Prasarana juga akan membantu mangsa untuk menuntut pampasan dari PERKESO dan dari majikan yang mempunyai insurans swasta bagi pekerja,” kata Najib.

Baca juga:   Isu kalimah Allah: Pemilik FB Mujahidah Malaysia disiasat

Pada masa yang sama Tajuddin juga dikatakan berjanjian untuk memastikan siasatan penuh punca tragedi dan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat atau melindungi sesiapa, selain menambah baik prosedur operasi standard (SOP) keselamatan bagi mengelak kejadian tidak berulang.

Baca juga:   PRU-15 selepas pandemik Covid-19 berakhir - PM

“(Tajuddin) Berjanji akan letak jawatan sebaik sahaja MKT UMNO arahkan semua ahli UMNO untuk meletak jawatan pada masa yang sesuai seperti keputusan PAU (Perhimpunan Agung UMNO) beberapa bulan lepas.

“Saya berterima kasih pada Tajuddin yang merupakan sahabat lama saya sebab terbuka hati dengan nasihat dan teguran saya,” katanya.

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan