30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

6,291 kes dan 50 kluster akibat kegiatan rentas negeri

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kluster rentas negeri terus merekodkan peningkatan sepanjang April hingga Mei 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 19 kluster dilaporkan daripada keseluruhan 50 kluster yang direkodkan akibat rentas negeri yang melibatkan 6,291 kes.

Walau bagaimanapun, situasi itu seolah-olah tidak menghalang kegiatan rentas negeri malah untuk semalam sahaja, seramai 61 individu ditahan atas kesalahan merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran.

Menurut Ismail Sabri, secara keseluruhan, seramai 628 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Beliau memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 609 individu dikenakan kompaun manakala 19 orang lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (162), gagal merekod butiran diri/ daftar masuk premis (158), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (80), tiada penjarakan fizikal (47) dan kesalahan-kesalahan lain (120),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, seramai 26 pendatang asing tanpa izin ditahan pasukan keselamatan dalam Op Benteng di seluruh negara semalam.

Menurut beliau, sebanyak tiga kenderaan darat turut dirampas.

“Dalam operasi itu juga, sebanyak 182 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan,” jelasnya.

Ismail Sabri turut mengumumkan pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) di Mukim Parit Buntar, Kerian, Perak; Pangsapuri Permai dan Pangsapuri Sri Penara (Blok C dan D) di Cheras, Kuala Lumpur serta Taman Dato’ Tengku Paris dan Felda Tersang 1, 2 & 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang.

PKPD turut dikuatkuasakan di Mukim Perak dan Mukim Bangau, Temerloh, Pahang; Kampung Kabog, Kampung Kabog Baru, Kampung Kunak Darat dan Kampung Kunak 3 di Kunak, Sabah; Kampung Pirasan Ulu, Kota Belud, Sabah dan Kampung Sungai Pukul di Pulau Sebatik, Taman Dewsa Ranggu dan Taman Sawit Balung, Tawau, Sabah.

Arahan tersebut berkuat kuasa mulai 28 Mei hingga 10 Jun ini.

Selain itu, PKPD di Rumah Awam Kos Rendah Pelagat 3 yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan lagi sehingga 4 Jun.

PKPD di Kuarters Pekerja Lombong Sungai Batu di Batu Talam, Raub, Pahang akan tamat esok seperti yang dijadualkan. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan