25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 17, 2021

‘Ahli Parlimen’ didakwa ugut wanita, tiada tindakan lanjut

Must Read

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seorang wanita diugut oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya ‘Ahli Parlimen’ semata-mata kerana menegur perbuatannya meletak kenderaan di hadapan rumahnya.

Sikap tidak bertanggungjawab ‘Ahli Parlimen’ terbabit telah menghalang laluan keluar kenderaan wanita berkenaan.

Akibatnya, pertengkaran mulut berlaku antara kedua-dua individu terbabit di hadapan rumah wanita itu di Jalan Persiaran Ampang.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ketika pertengkaran tersebut, suspek didakwa mengugut mangsa dengan mengatakan beliau adalah seorang Ahli Parlimen.

Menurut beliau, mangsa seterusnya membuat laporan di balai polis berdekatan.

“Pihak polis telah menjalankan siasatan dan kedua-dua pihak telah dipanggil untuuk diambil keterangan.

“Pada masa yang sama, suspek juga telah membuat satu laporan polis berkaitan kejadian yang sama di Balai Polis Wangsa Maju, katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Ashari menambah, hasil siasatan mendapati kejadian yang tular dalam media sosial itu berlaku akibat salah faham antara mangsa dan suspek.

Beliau memberitahu, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan hal berkenaan secara baik dan tidak mahu kejadian itu dipanjangkan.

“Memandangkan mangsa dan suspek telah bersetuju untuk menyelesaikan dengan baik, kes ini telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut,” jelasnya.

Difahamkan, suspek sebenarnya pembantu kepada seorang Ahli Parlimen dan wanita berkenaan tersalah dengar ketika pertengkaran berlaku.

Ashari berkata, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan menjaga hubungan baik antara satu sama lain agar kejadian seperti ini dapat dielakkan dan menjaga keharmonian antara kaum di negara ini.

Sementara itu, di PASIR MAS, polis telah menahan empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan di Kampung Binjal, Bunut Susu.

Rakaman video insiden tersebut juga tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Nasaruddin Md Nasir berkata, pada 23 April lalu, pihaknya telah terkesan rakaman video dalam Facebook yang berdurasi 6 minit 34 saat.

Menurut beliau, video tersebut memaparkan beberapa orang lelaki sedang memukul seorang lelaki dipercayai di Kampung Binjal.

“Ekoran daripada itu, Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah Pasir Mas telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Nasaruddin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berlaku atau berdepan dengan apa-apa insiden yang melibatkan jenayah.

“Mereka seharusnya melaporkan kepada pihak polis bagi tujuan siasatan dan seterusnya membawa pesalah-pesalah ke muka pengadilan,” jelasnya. – EDISI 9

Latest News

Korea Utara tarik diri: Malaysia rayu FIFA adil buat ketetapan

CYBERJAYA - Malaysia menghantar surat rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung penarikan diri Korea Utara daripada kelayakan...

More Articles Like This