30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Shahidan bukan lagi Pengerusi UMNO Perlis

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak lagi menyandang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis mulai hari ini.

Jawatan itu kini disandang oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan media, hari ini.

“Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” katanya.

Baru-baru ini, Shahidan meminta semua pihak memberi pandangan positif terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negara ini,

Gesaan itu ditujukan khusus kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru-baru ini menyuarakan kehairanan apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih berada dalam kerajaan walaupun PN gagal menguruskan ekonomi dan COVID-19 dengan baik.

“Saya minta bekas bos saya dan kawan baik saya, Datuk Seri Najib supaya beri pandangan yang positif kepada kerajaan dan mengambil daya usaha bersama untuk menarik pelabur.

“Sebab dia bekas Perdana Menteri, sudah pasti (mempunyai) hubungan yang baik dengan pelabur-pelabur luar negara.

Advertisements

“Jadi (saya minta beliau) bagi sumbangan dalam bentuk yang boleh menggalakkan pelabur datang.

“Kita kena ingat, kalau kita hentam ganti kerajaan baru, kerajaan mana yang kita rasa hebat? Yang boleh menguruskan benda ini, sebab kena ingat sekarang ini bukan masa yang baik untuk semua negara. Saya ingat kerajaan dah buat yang terbaik,” katanya dalam sidang media semasa majlis berbuka puasa Pengerusi PR1MA bersama media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum itu, Shahidan dilaporkan pernah mencabar keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang memutuskan bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sebaliknya, Ahli Parlimen Arau yang dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) sejak Oktober tahun lalu berkata, UMNO Perlis berpendirian akan tetap akan berunding dengan gabungan PN.

Untuk rekod, Shahidan mula bertanding dalam pilihan raya pada 1986 di Parlimen Arau dan mempertahankan kerusi itu pada 1990.

Pada 1995, beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang dan dilantik sebagai Menteri Besar Perlis sehingga 2008 apabila beliau digantikan dengan Datuk Seri Md Isa Sabu.

Pada pilihan raya umum 2013, Shahidan kembali bertanding di Parlimen Arau sehingga PRU-14 yang lalu. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan