28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Safiq Rahim pula jadi mangsa, cermin kereta dipecahkan

Mesti Baca

MAKIN menjadi-jadi. Selepas dua pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim menjadi mangsa serangan individu tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan kecederaan, seorang lagi pemain menjadi mangsa.

Kali ini membabitkan bekas kapten pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim apabila cermin kereta miliknya dipecahkan oleh individu tidak dikenali.

Menurut Safiq, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam tadi berhampiran pusat latihan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Sri Gelam, Johor Bahru.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, beliau ketika itu sedang memandu ke arah Pantai Lido selepas mengambil barangnya di pusat latihan berkenaan kira-kira jam 10.05 malam.

“Ketika sedang memandu, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dibonceng dua lelaki sebelum pembonceng motosikal mengeluarkan sebatang tukul dan mengetuk bahagian cermin belakang kereta saya.

“Saya terkejut dan memberhentikan kereta sebelum dua lelaki itu berhenti di hadapan kereta saya.

Advertisements

“Dua lelaki itu kemudian menunjukkan tukul ke arah saya. Akibat risau, saya mengundurkan kereta dan beredar dari lokasi berkenaan,” katanya dalam laporan tersebut yang dikongsi menerusi media sosialnya.

Ini merupakan pemain bola sepak kebangsaan ketiga yang diserang, apa yang boleh dianggap sebagai keganasan bola sepak, dalam tempoh seminggu setelah apa yang terjadi ke atas Akhyar dan Faisal.

Akhyar pada Khamis lepas dipukul dan disamun oleh individu tidak dikenali di Kuala Terengganu sementara Faisal pula diserang pada Ahad lalu dengan simbahan asid menyebabkan dia melecur pada tahap empat dan sedang dirawat di hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Polis sedang mengesan dan menangkap saspek terbabit. Kenyataan akan dikeluarkan selepas siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan ringkas tengah malam tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan