36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penyelam ditemukan mati selepas 5 hari operasi SAR

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUCHING – Seorang penyelam yang dikhuatiri hilang di perairan Sarawak baru-baru ini ditemukan mati di perairan Pulau Satang Besar setelah operasi mencari dan menyelamat dilakukan selama lima hari.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Kepten Yousry Yaali berkaya, mangsa, Chong Su Sian, 31, dipercayai melakukan selaman secara bersendirian tanpa dive buddy.

Menurut beliau, pada masa ini, Maritim Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat punca sebenar kejadian ini berlaku dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada kecuaian manusia sehingga melibatkan kehilangan nyawa.

“Kes akan disiasat di bawah peruntukan seksyen 280 Kanun Keseksaan iaitu mengendalikan perahu dengan gopoh, Seksyen 474 (1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu beroperasi tanpa lesen bot yang sah dan juga Peraturan-peraturan Bot 1953,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Sehubungan itu, Yousry menambah, Maritim Malaysia menyeru kepada mereka yang ingin menjalankan aktiviti menyelam rekreasi supaya mengutamakan keselamatan dengan mematuhi tatacara yang ditetapkan oleh Certification Agency masing-masing seperti Professional Association of Diving Instructors (PADI), The National Association of Underwater Instructors (NAUI), Scuba School International (SSI) dan sebagainya.

Beliau menambah, bot yang digunakan hendaklah layak untuk menjalankan aktiviti selaman seperti yang ditetapkan seperti dilesenkan.

“Peserta juga dinasihatkan supaya tidak terlalu ghairah semasa melaksanakan aktiviti sehingga mengabaikan keselamatan diri sendiri,” jelasnya.

Yousry berkata, Maritim Malaysia berharap agar semua peserta menjalankan aktiviti selaman memilih pusat menyelam yang bertauliah dan berwibawa.

Menurut beliau, penyelam juga dinasihatkan agar tidak melakukan selaman secara bersendirian tanpa kehadiran Dive Guide bertauliah yang berpengalaman di sesuatu dive spot.

“Penggunaan surface marker buoy (SMB) yang amat berguna membantu pengesanan penyelam sewaktu dipermukaan oleh Dive Boat dan boleh juga dijadikan pelampung tambahan sekiranya hanyut adalah amat digalakkan selain Personal Locator Beacon (PLB) yang amat membantu mempercepatkan proses menyelamat oleh Pasukan Penyelamat,” katanya.

Yousry menambah, Maritim Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan turut bersedih diatas kejadian tersebut.

“Semoga keluarga tabah melalui saat-saat sukar ini,” katanya.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544 yang beroperasi 24 jam. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan