31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

UMNO, Pas Selangor perkukuh muafakat hadapi PRU-15

Mesti Baca

CYBERJAYA – Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas di Selangor akan terus diperkukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Tan Sri Noh Omar.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu, ia selaras dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang mahukan agar kerjasama sedia ada antara kedua-dua parti diperkukuh.

Ketika menjelaskan perkara itu dalam Program Jelajah Muafakat Nasional Selangor siri pertama di Sabah Bernam malam tadi, Noh bagaimanapun berkata, kerjasama UMNO dalam Perikatan Nasional hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan.

“Saya mengambil kesempatan menjelaskan kepada yang hadir keputusan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO yang mengambil berpendirian untuk bekerjasama di dalam kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen dbubarkan.

“Dalam masa yang sama, kerjasama di dalam Muafakat Nasional terutamanya di Selangor akan terus diperkukuhkan dalam persediaan menghadapi PRU 15. Ini selaras dengan keputusan pimpinan pusat yang mahu kerjasama sedia ada diperkukuhkan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Perjumpaan itu dihadiri oleh ahli-ahli UMNO dan Pas Sabak Bernam. Tuurt sama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Yunus Hairi.

Noh bersyukur kerana Yunus dalam ucapannya semasa program tersebut senada dengan beliau untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional di Selangor.

Baca juga:   Zahid nasihat Mahathir henti label Melayu secara negatif

“Saya rasa sebak kerana saya melihat semangat Muafakat Nasional masih kuat di kalangan ahli-ahli UMNO mahupun Pas.

“Saya harap kerjasama ini mendapat sokongan dan dokongan daripada sahabat-sahabat semua,” katanya.

Baca juga:   Muafakat Nasional terima penyertaan Bersatu

Sebelum majlis bermula mereka solat maghrib dan isyak secara berjemaah serta mendengar tazkirah bersama. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Mohamad Sabu jamin tahap keterjaminan makanan stabil

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memberi keyakinan bahawa kedudukan tahap keterjaminan makanan di Malaysia masih berada pada...

Lagi Artikel Berkaitan