24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Projek HSR: Malaysia bayar pampasan lebih RM320 juta

Must Read

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

Kenaikan harga barangan masih terkawal – Alexander

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kenaikan harga barangan di seluruh negara adalah...

Perdana Menteri beri jaminan tiada PKP kali ketiga

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali...
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kerajaan Malaysia telah membayar sebanyak SGD102,815,576.00 (RM320,270,519.24) kepada kerajaan Singapura sebagai pampasan penamatan perjanjian dua hala Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) pada 31 Disember lalu.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung hari ini.

Mereka berkata, bayaran itu adalah untuk menampung kos yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Singapura dalam pembangunan Projek HSR serta berkaitan lanjutan tempoh penggantungan projek tersebut.

“Kedua-dua negara mencapai persetujuan berhubung jumlah pampasan berikutan proses pengesahan oleh kerajaan Malaysia.

“Jumlah itu merangkumi penyelesaian penuh dan muktamad berkaitan penamatan perjanjian dua hala,” jelas mereka.

Mustapa dan Ye Kung menambah, kedua-dua negara tetap komited dalam mengekalkan hubungan baik dan menjalinkan kerjasama erat demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Singapura.

Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura dibatalkan selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan berhubung perubahan laluan yang dicadang oleh Malaysia pada tarikh akhir perjanjian HSR, 31 Disember.

Dalam kenyataan bersama oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memaklumkan, kedua-dua negara akan mematuhi syarat masing-masing dan melakukan tindakan yang diperlukan akibat penamatan perjanjian projek HSR.

“Susulan kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi Malaysia, kerajaan Malaysia telah mencadangkan beberapa perubahan pada Projek HSR.

“Kedua-dua kerajaan telah melakukan beberapa perbincangan mengenai perubahan ini namun gagal mencapai kata sepakat,” kata kenyataan bersama itu pada 1 Januari lalu.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Singapura dalam kenyataan berasingan berkata perbincangan telah dilakukan di antara Malaysia dan Singapura menerusi sidang video pada 2 Disember lalu bagi mengkaji status projek HSR.

Ia termasuk melibatkan perubahan yang dicadangkan Malaysia terhadap projek berkenaan.

Tambah kenyataan itu lagi, Malaysia telah bersetuju agar perjanjian projek tersebut terbatal dan membayar ganti rugi kepada Singapura.

“Hubungan kami dengan Malaysia adalah mendalam dan pelbagai aspek, dan kami mengharapkan hubungan baik yang berterusan dan kerjasama erat dengan Malaysia untuk kepentingan bersama kedua-dua negara,” kata kenyataan itu. – EDISI 9

Latest News

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

More Articles Like This