25.1 C
Kuala Lumpur
Monday, January 24, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Kumpulan pro-Daesh dalang letupan Gereja Sacred Heart

Mesti Baca

JAKARTA – Salah seorang daripada dua pengebom bunuh diri yang maut dalam kejadian letupan di Gereja Sacred Heart di Makasar, Sulawesi semalam dipercayai menganggotai sebuah kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan Daesh di Indonesia.

Ketua Polis Republik Indonesia, Listyo Sigit Prabowo berkata, suspek yang dikenali sebagai L merupakan seorang anggota kumpulan Jamaah Ansharut Daulah (JAD).

Menurut beliau, kumpulan tersebut merupakan gerakan pengganas disokong Daesh yang paling aktif di Indonesia.

JAD juga dilaporkan bertanggungjawab dalam pengeboman terhadap gereja-gereja di Jawa Timur pada tahun 2018.

“Pelaku terbabit merupakan sebahagian daripada kumpulan JAD yang melancarkan pengeboman di Jolo, Filipina,” kata Listyo seperti dilaporkan oleh Coconuts Jakarta.

Beliau merujuk kepada pengeboman bunuh diri di sebuah gereja yang dilakukan oleh pasangan suami isteri dari Indonesia pada tahun 2019.

Serangan keganasan itu telah menyebabkan 22 mangsa terbunuh.

Gambar L sedang menunggang motosikal bersama seorang wanita sebelum letupan berlaku di Gereja Sacred Heart juga telah tular.

Wanita itu dikenal pasti sebagai YSF dan telah berkahwin dengan L tujuh bulan lalu.

Pihak polis setakat ini masih belum pasti tentang penglibatan YSF dalam merancang dan melakukan serangan itu.

Mereka juga tidak pasti sama ada YSF juga merupakan seorang anggota kumpulan JAD yang aktif.

Hanya L dan YSF yang terkorban dalam kejadian pagi semalam.

Baca juga:   Ulama Pasuruan, Habib Hasan meninggal dunia, ribuan beri penghormatan terakhir

Seramai 19 orang lagi mangsa cedera termasuk kakitangan gereja dan jemaah yang menghadiri upacara sembahyang ketika itu.

Baca juga:   Jangan sampai jatuhkan imej sendiri, Najib!

Pada mulanya mereka dirawat di beberapa hospital berasingan di sekitar Makasar.

Namun, mereka kemudian dipindahkan ke Hospital Polis Nasional Bhayangkara di pusat bandar untuk menjaga keselamatan mereka.

Listyo menambah, dua mangsa yang cedera telah selamat menjalani pembedahan.

Polis Republik Indonesia masih lagi menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Pada 2018, dua daripada tiga kejadian pengeboman bunuh diri di Surabaya, Jawa Timur dilakukan oleh beberapa keluarga yang mempunyai kaitan dengan JAD.

Malah, kanak-kanak turut diheret dalam serangan keganasan itu.

Serangan tersebut mengakibatkan 28 orang terkorban manakala 50 mangsa lagi cedera.

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Setiausaha Politik Ahli Parlimen antara dua individu didakwa esok

DUA individu yang mempunyai kaitan dengan seorang Ahli Parlimen di Selangor akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok, atas tuduhan...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>