34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Najib tawar diri disuntik vaksin Sinovac seperti Khairy

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menawarkan diri untuk menerima suntikan vaksin Sinovac seperti mana Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tawarannya itu berikutan bekalan Sinovac lebih banyak diterima manakala kebanyakan pasukan hadapan sudahpun diberi vaksi dos pertama.

“Memandangkan bekalan Sinovac yang lebih banyak telah diterima serta kebanyakan frontliners sudah diberi vaksin dos pertama dan untuk mematahkan tohmahan bahawa Najib adalah anti-vax (antivaksin) dan juga tak percaya vaksin.

“Saya harap KKM (Kementerian Kesihatan) akan jadualkan saya untuk terima vaksin Sinovac seperti KJ (Khairy Jamaluddin) dalam masa terdekat,” katanya menerusi ruang komen di Facebooknya.

Hari ini, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mendapat suntikan dos pertama vaksin Sinovac, sekali gus menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin dari China itu.

Ia juga sebagai tanda bermulanya program imunisasi fasa kedua melibatkan pemberian vaksin Sinovac kepada orang ramai.

Khairy, sebelum itu memohon kepada Najib agar tidak lagi ‘membatalkan’ janji temu vaksinasi yang ditetapkan.

Memetik laporan Astro Awani, beliau berkata, dalam pada Najib mempersoalkan jumlah vaksinasi harian yang rendah, Ahli Parlimen Pekan itu membatalkan jadual vaksinasi seperti yang ditetapkan.

Beliau berharap agar Najib dapat hadir pada temu janji seterusnya, selain menggalakkan lebih ramai rakyat di Pekan untuk mendaftarkan diri, memandangkan data menunjukkan jumlah pendaftaran masih rendah dari sasaran.

Membalas kenyataan tersebut, Najib melahirkan rasa hairan kerana orang lain boleh memberi laluan kepada pasukan hadapan untuk mendapatkan vaksin, tetapi beliau tidak boleh.

“Mungkin saya perlu buat sidang media terlebih dahulu kot,” katanya yang dikemudian menerima komen daripada Khairy yang berkata:

“Saya dan Datuk Seri tahu itu bukan sebabnya…”

Sementara itu, Najib yang sebelum ini terus-menerus mendesak kerajaan menyegerakan pemberian vaksin supaya Malaysia lebih cepat bebas dari pandemik itu berkata, apa yang dikritik itu ada asasnya.

Ini terbukti apabila Muhyiddin mengumumkan peruntukan bagi program vaksinasi negara sebanyak RM5 bilion atau 66 peratus berbanding RM3 bilion yang diluluskan dalam Belanjawan 2021, tahun lalu.

“Tujuan kenaikan diumumkan PM8 (Muhyiddin) ialah untuk mempercepatkan program vaksinasi untuk berakhir pada akhir tahun ini berbanding Februari 2022.

“Jika kritikan saya tak berasas, tak adalah PM8 tiba-tiba naikkan bajet bagi vaksin sebanyak 66 peratus semalam walaupun bajet asal hanya diluluskan beberapa bulan dahulu. Jangan defensif sangat,” katanya.

Prove all Malaysians (and me) wrong by speeding up and making sure we can meet the vaccination target of 80 percent of our population much earlier,” kata beliau.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menasihati orang ramai agar tidak perlu ragu-ragu dengan vaksin Sinovac kerana ia terbukti selamat dan berkesan mencegah Covid-19. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan