32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tiada Ahli MPT PPBM nama Azhar pancing MP PKR

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menafikan kewujudan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bernama Azhar yang cuba memancing Ahli-ahli Parlimen dari PKR untuk melompat masuk ke parti itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tuduhan seorang Ahli Parlimen PKR tentang perkara tersebut adalah fitnah.

“Kali ini ada MP PKR dakwa seorang yang tak dikenali bernama Azhar hubungi dia dan tawarkan bagi pihak parti. Siapa Azhar ini? Dia parti mana?

“Dalam MPT Bersatu tak ada orang bernama Azhar. Entah siapa yang hubungi dia, tiba-tiba nak fitnah orang lain pula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pembangkang masih tidak habis-habis dengan budaya fitnah.

Wan Saiful memberitahu, strategi memburukkan kerajaan, menimbulkan keraguan dan melontar tohmahan memang sudah lama jadi amalan mereka. 

“Budaya politik fitnah ini, hentikanlah. Kalau betul ada bukti, laporkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Biar disiasat sepenuhnya,” jelasnya.

Beliau menambah, hakikatnya, PKR sedang runtuh dan tidak mendapat keyakinan daripada ahli-ahlinya sendiri.

“Krisis dalaman PKR amat besar dan sedang membarah. Selesaikanlah dalam parti sendiri.

“Jangan ubah topik dan larikan perhatian dengan cara memfitnah,” ujarnya.

Hari ini, Free Malaysia Today melaporkan, Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya, mendakwa individu bernama Azhar menghubunginya dengan membuat tawaran menyertai PPBM serta berjanji untuk menyalurkan peruntukan dan kontrak sekiranya bersetuju untuk lompat parti dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Karupaiya bagaimanapun menolak tawaran berkenaan dan memberitahu lelaki itu dirinya masih setia kepada perjuangan parti.

Katanya, keputusan tidak melompat parti, seperti dilakukan segelintir wakil rakyat lain, itu turut disenangi oleh rakyat.

“Ada orang ‘call’ saya dari Putrajaya, dia kenalkan diri sebagai Azhar. Saya tidak pasti nama samaran atau apa, saya tidak tahu.

“Dia ingin tawarkan saya sertai PPBM. Dia kata akan bagi tawaran peruntukan yang lebih baik, kontrak dan sebagainya.

“Tetapi saya tolak, saya beritahu saya setia kepada parti,” katanya. – EDISI 9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan