Tuesday, July 21, 2026

Klinik perubatan am swasta dibenar bekal vaksin

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

CYBERJAYA – Kerajaan telah bersetuju membenarkan klinik-klinik perubatan am swasta membekalkan vaksin Covid-19 kepada rakyat di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat.

Menurut beliau, bagi tujuan itu Kementerian Kesihatan telah melantik ProtectHealth Corporation Sdn Bhd sebagai pelaksana bagi penglibatan klinik perubatan am swasta di bawah program imunisasi negara.

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah bersetuju melibatkan Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat.

“Penglibatan GP ini adalah bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Kedua dan Fasa Ketiga,” katanya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ProtectHealth diperbadankan pada 2016 di bawah Kementerian Kesihatan sebagai sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan.

Beliau berkata, klinik-klinik perubatan am swasta yang berminat untuk terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan tersebut perlu berdaftar dengan ProtectHealth bermula 8 Mac 2021 melalui laman web www.protecthealth.com.my.

“Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” kata Dr Noor Hisham.

Sebelum ini beberapa pihak telah menggesa kerajaan membenarkan hospital dan klinik swasta memberi suntikan vaksin kepada rakyat bagi mempercepatkan proses imunisasi di negara ini.

Mereka berkata, sesetengah rakyat sedia mengeluarkan biaya untuk pengambilan vaksin bagi memastikan mereka bebas daripada pandemik Covid-19.

Indonesia dikatakan negara pertama di dunia yang membenarkan pihak swasta memberikan suntikan vaksin kepada rakyat mereka.

Antara yang memberi cadangan agar hospital dan klinik swasta digunakan utk program imunisasi itu ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Minggu lalu, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh berharap kerajaan meluluskan kebenaran hospital swasta untuk membekalkan vaksin kepada rakyat.

Beliau berkata, dengan kaedah ini ia mempercepatkan proses imunisasi dalam kalangan rakyat di samping menjimatkan kos di pihak kerajaan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan