29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

7 tahun berlalu, nasib pesawat MH370 belum tahu

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

TEPAT tujuh tahun lalu, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang sedang dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing tiba-tiba hilang dari radar.

Sehingga hari ini, ia hilang tanpa sebarang kesan manakala nasib yang menimpa semua penumpang dan anak kapal tidak diketahui.

Macam-macam teori dan andaian yang keluar tentang apa yang mungkin berlaku terhadap pesawat tersebut.

Ada yang kata pesawat itu dirampas dan dilencongkan ke Pulau Diego Garcia di Lautan Hindi.

Timbul juga teori mendakwa ia membawa muatan kargo yang sangat rahsia dan dikehendaki oleh pihak tertentu.

Tidak kurang juga yang berpandangan pengganas telah merampas pesawat itu menggunakan kawalan jauh dan memaksanya mendarat di lokasi yang tidak diketahui.

Beberapa penulis juga mencari laba dengan menerbitkan buku-buku berhubung kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014.

Pendek kata, macam-macam cerita yang keluar namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

MH370
Serpihan komponen pesawat yang ditemukan di Pulau Reunion pada Julai 2015. – Gambar: Lucas Marie/AP/SIPA

Pada masa yang sama, waris-waris penumpang dan anak kapal MH370 masih ternanti-nanti jawapan yang pasti tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat tersebut.

Selagi kotak hitam tidak ditemukan, selagi itulah kita tidak dapat merungkai misteri kehilangan pesawat MAS itu.

Pencarian yang melibatkan banyak negara dahulu tidak membuahkan hasil.

Serpihan komponen pesawat yang dikatakan dari MH370 dijumpai terdampar di pantai termasuk Pulau Reunion yang terletak berhampiran Madagascar.

Selain itu, tiada maklumat yang konkrit tentang lokasi terakhir pesawat MH370 sebelum ia hilang tanpa jejak.

pesawat MH370

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengulangi komitmen kerajaan untuk meneruskan pencarian pesawat MH370.

Katanya, Malaysia terbuka untuk berbincang dengan dua negara lain iaitu China dan Australia.

Sememangnya, insiden yang menggemparkan dunia itu tidak dapat dilupakan begitu sahaja.

Justeru, waris penumpang dan anak kapal, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa amat mengharapkan MH370 ditemukan satu hari nanti.

Sementara menunggu waktu itu tiba, kita hanya mampu berdoa semoga Allah SWT yang memiliki langit dan bumi serta semua yang ada di dalamnya memberi petunjuk yang akan menyelesaikan misteri kehilangan MH370. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan