24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Sekarang baru tahu musibah guna pesawat tua, bidas Puad

Tindakan Najib bantu MAB tempah 25 Boeing 737 Max pada 2017 betul

Mesti Baca

PESAWAT Malaysia Airlines (MAS) yang kerap berpatah balik akibat masalah teknikal menunjukkan pesawat milik syarikat penerbangan negara itu semakin tua.

Justeru, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membantu Malaysia Airlines Berhad (MAB) membuat tempahan 25 Boeing 737 Max10 pada 2017 lalu adalah betul.

Bagaimanapun, katanya, tindakan Najib yang ketika itu bertemu Donald Trump dituduh oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai “bodoh” kerana membantu Presiden Amerika Syarikat (AS) itu memperkukuhkan kembali negara berkenaan.

“Bila naik MAS, saya teringat (Datuk Seri) Wee Ka Siong dan (Anthony) Loke bertikam lidah pasal isu MAS. Pesawat MAS kerap patah balik kerana masalah taknikal.

“Tetapi apa masalah sebenar MAS? Kalau taknikal sudah tentu pesawat. Maksudnya pesawat MAS sudah tua. Terbang pun tidak kuat. Sebab itu kerap patah balik. Bila tangguh atau batal flight rakyat yang susah.

“Sebab itu Najib betul kerana tahun 2017 masa jumpa Trump, dia bantu MAS tempah 25 buah Boeing 737 Max10. Termasuk 10 Dreamliner. PH 1.0 kata membazir. Tony Pua tuduh Najib bodoh bantu Trump “Make Amerika Great Again.”

“Sekarang baru tahu musibah guna pesawat tua. Pesawat MAS berpatah balik memang menyusahkan. Kita tanya tanya Tony Pua, bila dia akan berpatah balik ke pangkal jalan. Kesesatannya menyusahkan rakyat,” bidas Puad menerusi Facebooknya hari ini.

Advertisements

Loke yang juga Menteri Pengangkutan baru-baru ini berkata, seramai 63 pekerja daripada 411 pekerja MAB yang boleh memperakukan perihal keselamatan penerbangan telah berhenti dan berhijrah ke tempat lain sejak Januari lalu.

Beliau berkata, hal itu berlaku berkemungkinan disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain.

Pada, 26 Ogos lalu, Loke menggesa Ka Siong yang juga Presiden MCA supaya tidak membuat orang ramai panik susulan kritikannya terhadap isu teknikal pesawat MAS.

Loke dilaporkan berkata, dakwaan Ka Siong isu gangguan penerbangan yang dialami MAS menyebabkan berlakunya krisis keyakinan sebagai kenyataan yang tidak seharusnya dibangkitkan.

Sejak akhir-akhir ini beberapa pesawat MAS terpaksa berpatah balik ekoran masalah teknikal.

Untuk rekod, pada 2019, Malaysia dilapor membatalkan pembelian 25 buah pesawat 737 Max bernilai AS$2.75 bilion susulan dua nahas membabitkan model kapal terbang tersebut.

Sebelum itu, MAB dilapor bersetuju membeli 25 buah pesawat 737 Max dari Boeing dengan pilihan untuk menggandakan tempahan yang menelan kos sebanyak AS$5.5 bilion. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan