24.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

PRK Mahkota: PN calonkan bekas pemain Piala Presiden Johor

Mesti Baca

PERIKATAN Nasional (PN) mempertaruhkan bekas pemain bola sepak, Mohamad Haizan Jaafar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini.

Mohamad Haizan, pemain yang tidaklah begitu dikenali ketika mewakili Johor dalam Piala Razak dan Piala Presiden sekitar tahun 1982 dahulu dan kini berusia 61 tahun merupakan Ahli Jawatankuasa Bersatu Kluang.

Pengumuman calon PN itu dibuat oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di hadapan kira-kira 300 penyokong dan jentera di Bilik Gerakan Utama PN di Kampung Melayu Dahlia, Kluang malam ini.

Beliau ketika berucap berkata, menang atau kalah bukan tujuan PN menyertai PRK DUN Mahkota tetapi kerana mahu membela nasib rakyat yang kononnya ditindas kerajaan zalim ketika ini.

“Tujuan kita menyerai pilihan raya adalah untuk membela nasib dan masa depan rakyat,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazette.

Sementara itu, Mohamad Haizan berterima kasih kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pucuk pimpinan kerana memilihnya sebagai calon.

Advertisements

Bapa kepada tiga anak itu yakin mampu mendekati pengundi di DUN Mahkota yang berbilang kaum.

Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kerusi DUN Mahkota yang dimenangi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022 lalu.

Kerusi tersebut kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Sebelum ini Timbalah Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa mengakui PN sukar menggugat BN dalam PRK DUN Mahkota berdasarkan keputusan PRN lalu.

Dalam pilihan raya tersebut, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam pertembungan empat penjuru tersebut.

Allahyarham memperoleh 16,611 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Taqiuddin Cheman mendapat 11,445 undi, Mohamad Noor Suleiman (Warisan) 555 undi sementara Mohamad Nor Lingan (PN) memperoleh 7,614 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan