24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Sultan Selangor berkenan kongsi gambar Raja Petra waktu kecil

Mesti Baca

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berkongsi sekeping gambar Allahyarham Raja Petra Raja Kamarudin sewaktu berusia setahun, sebagai mengenang pemergian penulis blog tersebut hari ini.

Menerusi keterangan gambar yang disertakan, baginda bertitah, gambar itu menunjukkan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang ketika itu Raja Muda Selangor mendukung Raja Petra ketika baginda berangkat ke United Kingdom sekitar tahun 1951.

Allahyarham Raja Petra yang dilahirkan pada 27 September 1950 adalah anakanda saudara kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang juga Sultan Selangor Kelapan.

“Datuk Allahyarham adalah Raja Tun Uda Alhaj bin Raja Muhammad yang pernah dua kali memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Advertisements

“Sementara nenda Allahyarham, Tengku Badariah adalah kekanda kepada Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor Ketujuh,” titah baginda menerusi Facebook Selangor Royal Office malam ini.

Sebelum itu, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan perutusan takziah buat keluarga dan waris Allahyarham Raja Petra yang meninggal dunia di Manchester, United Kingdom.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan diampunkan segala dosa. Al-Fatihah,” titah baginda. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan