PRUDENTIAL BSN Takaful Berhad (PruBSN) melancarkan pelan takaful baharu yang komprehensif, dengan perlindungan menyeluruh, bermula serendah RM50 sebulan bulan bagi memenuhikm keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.
Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSNTakaful Berhad (PruBSN), Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, pelan PruBSN AnugerahMax itu adalah hasil kejayaan produk PruBSN Anugerah dan PruBSN AnugerahPlus sebelum ini.
Menurut beliau, pelan tersebut boleh diubah suai dengan 18 jenis rider pilihan yang menawarkan perlindungan penyakit kritikal dan perubatan yang lengkap, perlindungan kemalangan, peluang pelaburan, serta pilihan kebajikan.
Beliau berkata, pada masa kini lebih 700 kanak-kanak di bawah 15 tahun di negara ini dikenal pasti menghidap kanser setiap tahun, sementara 70 peratus golongan muda berumur 15 hingga 24 tahun pula mempunyai sekurang-kurangnya satu risiko penyakit kardiovaskular.
Jelas Wan Saifulrizal, memiliki pelan insurans yang komprehensif boleh dianggap sebagai satu keperluan pada masa ini berikutan peningkatan kadar penyakit kronik dalam kalangan belia serta kenaikan kos rawatan perubatan.
“Penyakit-penyakit kronik boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira faktor usia. Statistik ini amat membimbangkan, disusuli dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan peribadi yang dijangka akan berganda menjelang tahun 2028,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan ini, Wan Saifulrizal percaya, setiap individu berhak mendapatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik serta jaminan kewangan yang diperlukan untuk menampung kenaikan perbelanjaan dan kos perubatan.
“Matlamat dan tanggungjawab ini sangat dekat di hati saya sendiri sebagai ibu bapa yang mahukan terbaik untuk masa depan anak-anak.
“Sebagai ibu bapa, kita semestinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak khususnya dalam memastikan mereka mendapat perlindungan serta jaminan masa depan yang lebih baik,” tambahnya lagi.
Menariknya, beliau berkata, PruBSN AnugerahMax menawarkan pelan tambahan rider Medic TotalCare yang memberikan perlindungan menyeluruh kemasukan ke hospital, rawatan kanser yang moden, serta keperluan penjagaan kesihatan mental.
Manakala penambahan rider Crisis TotalCare pula melanjutkan perlindungan kepada 166 penyakit kritikal, dari peringkat awal hingga akhir, termasuk kesihatan mental.
“Pelan ini memberikan perlindungan menyeluruh termasuk penjagaan perubatan, penyakit kritikal, sertaperlindungan kemalangan yang patuh Syariah,” katanya.
Ciri pelanjutan-auto pula akan memastikan perlindungan berterusan, dengan melanjutkanperlindungan secara automatik sehingga umur 100tahun, tanpa perlu melalui proses pengunderaitan yangbaru yang membolehkan ibu bapa tidak perlu bimbangberikutan perlindungan untuk anak-anak mereka akanberterusan seiring peningkatan usia.
Jelas beliau, selain perlindungan perubatan kewangan, pelan ini juga memberikan bonus ganjaran untuk anak-anak berumur setahun hingga 18 tahun yang menyertai pelan tersebut dengan bonus tunai bagi pencapaian akademik yang cemerlang, bermula dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke peringkat sarjana dan PhD melalui EduAchieve Bonus.
Ini bukan sahaja menggalakkan kecemerlangan akademik, tetapi juga menyediakan ganjaran tunai yang boleh dilaburkan semula untuk keperluanPendidikan dan masa depan.
Untuk rekod, bagi keseluruhan siri produk PruBSN,lebih 400 individu telah mendapat perlindunganberjumlah RM 15 juta dengan jumlah tuntutan yangtelah dibayar kira-kira hampir RM 1 bilion. – Edisi 9