32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Kru bot barter Indonesia kantoi bawa masuk syabu

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

BATU PAHAT – Zon Maritim Batu Pahat telah menahan sebuah bot perdagangan barter berikutan penemuan dadah jenis syabu di dalam poket salah seorang kru semasa pemeriksaan di Jeti Minyak Beku pada petang Jumaat lalu.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, penahanan dibuat sekitar jam 6.00 petang ketika bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan rondaan di sekitar perairan Batu Pahat dan memeriksa sebuah bot perdagangan barter di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati, bot perdagangan barter tersebut dikendalikan oleh tiga lelaki warga Indonesia berusia antara 25 hingga 46 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan badan ke atas kru mendapati, salah seorang daripada mereka memiliki dua paket kecil kristal disyaki syabu masing-masing seberat lebih kurang 0.30 gram dan 0.71 gram.

“Pemeriksaan lanjut juga menemukan satu set peralatan yang dipercayai digunakan untuk menghisap dadah turut berada dalam bot tersebut,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook, hari ini.

Bot perdagangan barter dan kesemua kru telah ditahan dan dua paket kecil disyaki dadah bersama alat menghisap dadah turut dirampas seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut.

Sekiranya terdapat sebarang aduan mengenai jenayah maritim di perairan Johor Barat, sila hubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian hotline 07-4344020 yang beroperasi secara 24 jam.

Sementara itu, di JOHOR BAHRU, seorang tekong bot pancing rakyat tempatan meninggal dunia dalam bot ketika keluar memancing bersama rakannya berhampiran Jeti Jabatan Laut Sungai Pulai, pada malam 6 Mac lalu.

Advertisements

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Cawangan Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.40 malam daripada pengadu.

Menurut beliau, pengadu yang juga rakan mangsa memaklumkan mangsa pengsan dalam bot dan memohon bantuan kerana tidak mahir mengemudi enjin bot tersebut.

meninggal dunia
Anggota-anggota Bot Kilat membantu membawa mayat mangsa ke jeti. Gambar: Ihsan Maritim Malaysia

Menurut laporan awal kejadian, mangsa, Borhan Mohamad, 54, baru sahaja keluar dari Jeti Simpang Kiri, Sungai Karang bersama rakannya untuk memancing di laut namun pengsan semasa hendak memotong jaring yang tersangkut pada baling-baling enjin bot mereka.

“Sejurus menerima maklumat, Bot Kilat 12 telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan, sementara MRSC menghubungi Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan bantuan ambulan dan pegawai perubatan.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota penguat kuasa Bot Kilat membawa mangsa ke jeti dan diserahkan kepada pegawai perubatan.

” Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada pukul 11.05 malam dan mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook, hari ini.

Orang ramai diminta segera menghubungi hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Johor (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999 bagi insiden kecemasan atau kesalahan jenayah di perairan Johor.

Komuniti maritim juga digalakkan untuk membawa personal locator beacon (PLB) yang berfungsi untuk menghantar isyarat kecemasan ke MRCC terutamanya ketika berada di kawasan tiada capaian talian komunikasi. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan