29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Sindir makan nasi guna tangan, bekas butler diraja dikecam

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Teruk nampaknya bekas butler keluarga diraja Britain kena sekolah dengan tentera bawang Malaysia dan negara-negara lain di dunia.

Semuanya berpunca apabila Grant Harrold menyatakan melalui ciapan Twitter bahawa tidak boleh makan nasi dengan menggunakan tangan.

“Tuan-tuan dan puan-puan, ingat bahawa kita sentiasa menggunakan pisau dan garfu atau penyepit!

“Kita tak gunakan tangan atau jari kita,” katanya sambil meletakkan emoji terkejut di hujung ciapan.

Netizen terutamanya dari Malaysia tidak mengambil masa yang lama untuk mengecam Harrold yang pernah berkhidmat dengan Putera Charles, Putera William dan Putera Harry.

Memang bertubi-tubi dia kena ‘tembakan’ tentera bawang Malaysia dan juga dari negara-negara lain termasuk India dan Indonesia.

“Kalau awak makan nasi padang dengan pisau dan garfu, memang awak tak rasa syok, bro. Kasihan,” kata seorang netizen.

Pelik juga kalau makan nasi dengan menggunakan pisau dan garfu. Macam mana nak suap nasi ke dalam mulut?

“Akak boleh terima lagi korang nak makan guna sudu. Tapi kalau makan nasik dengan pisau mmg korang ni terpaling bingai sekali,” ciap seorang wanita.

butler
Gambar: Tangkap layar Twitter The Royal Butler

Ciapan-ciapan yang lain sumbangan tentera bawang Malaysia, India dan Indonesia:

“Ikut customs diorang sebijik beras tu kena belah tiga sebelum suap ke mulut. Tu yang kena makan guna pisau tu.”

“Kalau ye pon taknak guna tangan..sudu garfu kan ada kenapa pisau ngan garfu..kau nk potong apa doo..nasi tu dah halus kau nak haluskan lagi ke…menyusahkan diri je..”

“Tangan kita sendiri kita tau pernah sentuh apa… Sudu garfu tuh entah celup air longkang pun hg bukannya perasan… Main makan ja.”

“Hang tak faham kan kalau aku lorat bm. Ikut suka hati lah nak pakai sudu or tangan. Kalau hang rasa tangan hang kotoq, hang pakailah sudu. Kalau hang rasa tangan hang suci, hang boleh guna tangan. Hidup ni simple bro jangan sulitkan.”

“ohh jadi selama ini pegang garpu sama pisaunya pake kekuatan pikiran.”

“Hat be chutiya. Butler wale kaam kar raha hain.”

Malah, tentera bawang Nigeria pun turut tumpang sekali mengecam bekas butler diraja Britain.

“Etiket Afrika saya menyatakan makan dengan jari, makan dengan tangan.

“Sedihnya etiket awak tidak menghalang (bangsa) awak daripada menjajah negara lain dan merompak hasil seni dan harta mereka,” katanya.

Memang padu sungguh kecaman-kecaman tentera bawang pelbagai negara.

Tetapi yang peliknya, Harrold si bekas butler seolah-olah tak lut dengan kecaman tentera bawang.

Dia bukan sahaja tidak meminta maaf malah menciap semula kata-katanya itu.

Mungkin juga dia ‘lapar like’ dan ingin mencari publisiti murahan. – EDISI 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan