28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kumpulan anti-Muhyiddin atur serangan baharu?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9


Oleh MOHAMAD ASRI

KETIKA ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi atas jemputan Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz dan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammad bin Salman.

Sempena lawatan itu Perdana Menteri dan rombongan berkesempatan menunaikan ibadah umrah dan ziarah di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Beliau menjadi pemimpin kerajaan pertama yang dijemput menunaikan ibadah umrah sejak pandemik Covid-19 menyerang dunia.

Laporan berita dan video Muhyiddin sedang melakukan ibadah umrah dan ziarah mendapat reaksi sangat positif daripada pembaca, penonton dan netizen.

Lawatan tersebut seolah-olah membuka jalan dan memberi harapan baharu kepada umat Islam di negara ini yang menanti dengan sabar agar dua kota suci Mekah dan Madinah akan dibuka semula untuk ibadah umrah.

Salah satu agenda perbincangan dengan pemerintah Arab Saudi itu nanti sudah tentunya mengenai haji dan umrah yang sudah tertangguh sekian lama akibat pandemik.

Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman diberi peluang masuk ke dalam Kaabah ketika menunaikan umrah di Masjidilharam, Arab Saudi, semalam. – Sumber: Facebook

Bagaimanapun ketika Muhyiddin dan rombongan mengadakan perbincangan dengan Arab Saudi, di Malaysia segelintir pemimpin politik yang membentuk kumpulan ‘anti-Muhyiddin’ sedang giat memperlekeh lawatan tersebut serta mengatur serangan ke atas beliau.

Ada sahaja yang tidak kena pada mata mereka sampai ke tahap ibadah umrah Perdana Menteri pun dikritik!

Muhyiddin dijangka berhadapan dengan beberapa serangan baharu daripada kumpulan ‘anti-Muhyiddin’ yang sebahagiannya terdiri daripada beberapa pemimpin yang sedang berhadapan dengan kes mahkamah.

Sebelum ini pun kumpulan ini tidak putus-putus menyerang Muhyiddin menerusi platform media sosial masing-masing.

Advertisements

Serangan terbaharu itu termasuk cuba mengaitkan ada kalangan ahli keluarga Perdana Menteri pernah menerima wang habuan daripada 1MDB selain menggali dan menghidupkan balik cerita-cerita peribadi dengan tujuan memalukan Muhyiddin.

Seperti dijangka langkah pertama kumpulan ini sudahpun bermula apabila anak kepada seorang bekas pemimpin UMNO dan merupakan penyokong tegar kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya mencabar Muhyiddin berdebat.

Beliau turut menyenaraikan perkara-perkara yang akan disentuh dalam debat tersebut termasuk dakwaan rasuah dan menyentuh peribadi Perdana Menteri.

Sebelum ini portal berita FMT yang memetik kenyataan penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa lebih banyak ‘berita palsu’ perang saraf dan ‘operasi gelap bawah tanah’ akan muncul dalam beberapa minggu akan datang bagi menyerang Muhyiddin.

Portal itu mendakwa serangan terbaharu itu sudah dimulakan dengan mengedarkan minit mesyuarat palsu Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu baru-baru ini.

Minit mesyuarat itu dipercayai diedarkan rentetan daripada keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Beberapa pemimpin utama UMNO sebelum ini pernah membayangkan hasrat penjajaran baharu politik dengan PKR dan DAP bagi membentuk kerajaan Pusat.

Terbaharu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan UMNO dalam pilihan raya akan datang.

Langkah itu susulan keputusan UMNO minggu lalu untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.

  • Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan