25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Muhyiddin lakukan lawatan rasmi pertama ke Asia Barat

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berangkat ke Mekah, Arab Saudi untuk lawatan rasmi pertama ke Asia Barat.

Lawatan tersebut bagi memenuhi jemputan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi yang juga penjaga dua masjid suci umat Islam, Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Muhyiddin berkata, lawatan tersebut cukup signifikan kerana antara lain akan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala.

“Selain itu ia bagi meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hal ehwal Islam yang mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

“Sudah pasti soal kuota haji dan urusan umrah juga tidak ketinggalan akan dibincangkan dalam pertemuan itu kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman akan menziarahi kota Madinah sebelum berangkat menunaikan umrah di tanah suci Mekah seterusnya memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh, 9 Mac ini.

Selain menghadap Raja Salman, Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi.

Dari Arab Saudi, Muhyiddin dan isteri terus ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE), untuk bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

“Doakan agar perjalanan saya ini dipermudahkan dan segala urusan demi kemaslahatan ummah mendapat barakah oleh Allah SWT,” kata Muhyddin menerusi Facebooknya.

Ini merupakan lawatan kedua ke luar negara Muhyiddin sejak menjawat jawatan Perdana. Bulan lalu, beliau mengadakan lawatan ke Indonesia atas jemputan Presiden Joko Widodo. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan