32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Lebih banyak bahagian UMNO akan terus kerjasama dengan Bersatu – Annuar

Mesti Baca


CYBERJAYA – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, lebih banyak bahagian UMNO akan menyatakan pendirian untuk terus bekerjasama dengan Bersatu.

Beliau berkata, beberapa pemimpin kanan parti akan mula turun ke bawah untuk membuat penjelasan seterusnya akan mengambil pendirian sama seperti mana dilakukan oleh UMNO Perlis dan Sabah.

Berikut kenyataan penuh Ahli Parlimen Ketereh itu yang disiarkan dalam Facebook beliau;

Selepas UMNO Perlis,UMNO Sabah pula membuat pendirian akan terus berkerjasama dengan Bersatu.

Tinjauan dengan bahagian-bahagian pula jelas menunjukkan banyak bahagian UMNO lebih suka mengambil pendekatan strategik untuk terus berkerjasama sesama parti Melayu dan memutuskan pendirian hanya setelah Parlimen dibubarkan.

Sementara itu perundingan hendaklah terus dilakukan, mencari formula terbaik untuk menang.

Semakin jelas dakwaan kononnya 147 UMNO bahagian telah membuat keputusan untuk menolak Bersatu juga didapati tidak tepat. Ia hanya angka yang dipetik dari WhatsApp Group Ketua-ketua Bahagian.

Hanya 118 bahagian yang mengemukakan usul, itu pun kerana diarah dan bukan semua telah menepati prosedur mengemukakan usul. Ramai juga yang tidak jelas dan setelah mendapat penjelasan, berhasrat mengubah pendirian dan mengambil pendirian lebih strategik.

Difahamkan beberapa pemimpin kanan parti akan mula turun ke bawah dan membuat penjelasan, dan akan mengambil pendirian menolak cara yang diambil pemimpin tertentu.

Kerjasama antara semua parti Melayu, malah NGO dan orang Melayu, wajib diteruskan. Malah UMNO berwajib memimpin muafakat parti-parti orang Melayu, bukan lari daripadanya. Apa-apa keputusan tidak dibuat sekarang kerana ia hanya melemahkan UMNO.

Apa lagi di saat antara UMNO, Pas dan Bersatu telah disepakati bahawa UMNO akan bertanding paling banyak kerusi, bermakna UMNO perlu bekerjasama dengan parti lain di lebih banyak kerusi, demi mencipta kemenangan. Menolak mana-mana parti Melayu hanya memecahkan undi Melayu dan merugikan UMNO sendiri.

Menolak kerjasama dengan parti Melayu hanya menyebabkan undi untuk UMNO akan susut dan UMNO-lah yang rugi.

Kini semakin banyak bahagian UMNO memilih mengkaji semula pendirian dengan lebih teliti untuk mengambil langkah lebih bijaksana iaitu kekal bekerjasama, terus berunding sesama parti Melayu, fokus menjayakan usaha kerajaan membantu rakyat memerangi Covid-19, menjayakan pelan imunisasi dan memulihkan ekonomi.

Lain-lain strategi ke arah pilihan raya hendaklah pragmatik dan hanya membuat ketetapan apabila tiba masanya, bukan sekarang. Untuk memasti satu lawan satu dengan PH (Pakatan Harapan), kita semua wajib bermuafakat, bukan berpecah.

Sementara itu hampir semua bahagian UMNO dan komponen BN tetapi menolak kerjasama dengan PKR dan DAP. Tahniah UMNO Perlis dan UMNO Sabah, yang lain saya percaya bakal menyusul, insya-Allah.

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan