27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Muhyiddin ‘diserang’ di FB Jokowi, di mana J-KOM?

Mesti Baca

Mesin Taip Buruk
Mesin Taip Buruk
Blogger / Kolumnis Edisi 9

BEBERAPA hari lalu ‘bawang rangers’ Malaysia telah menjadikan Facebook Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi sebagai medan untuk menyerang Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Serangan bertali arus itu melibatkan beberapa isu antara tindakan Perdana Menteri membuat kunjungan rasmi ke Indonesia ketika kes Covid-19 sedang memuncak.

Dan yang paling kencang adalah apabila Jokowi membuat hantaran dalam Facebooknya yang menyentuh tentang rampasan kuasa tentera di Myanmar yang dianggap melanggar demokrasi ASEAN.

Serangan berbentuk cercaan, kemarahan dan tidak kurang juga dengan kata-kata kesat oleh bawang rangers Malaysia di Facebook Jokowi ini telah menimbulkan kehairan dalam kalangan rakyat Indonesia.

Mereka tertanya-tanya kenapa Muhyiddin diperlakukan sebegitu oleh rakyat Malaysia sendiri, dan yang lebih menghairankan kenapa menggunakan media sosial milik Presiden mereka?

Rata-rata mereka yang menyerang Muhyiddin mengaitkan bahawa beliau bukanlah Perdana Menteri yang sah kerana sudah hilang majoriti di Parlimen.

Muhyiddin juga dianggap Perdana Menteri tebuk atap yang tidak berlandaskan demokrasi, jadi beliau tidak selayaknya bercakap soal demokrasi.

Melihat situasi itu, penulis tertanya-tanya di mana para pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang dijenamakan semula daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu dengan peruntukan RM40.5 juta?

Bukankah J-KOM berperanan untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan lebih-lebih lagi membela Perdana Menteri?

Advertisements

J-KOM yang sepatutnya memainkan peranan memberikan penjelasan kepada rakyat seharusnya tampil mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri di mana sahaja, dalam apa jua keadaan.

Bukannya hanya ‘berani’ dengan bersembunyi di sebalik akaun-akaun palsu dalam media sosial, kemudian menyerang pemimpin-pemimpin UMNO yang dilihat tidak sehaluan dengan Muhyiddin dan sering mengkritik kepimpinannya.

Gerakan J-KOM sepatutnya lebih tersusun untuk memberi penjelasan kepada rakyat tentang isu-isu yang membelenggu kerajaan dan Perdana Menteri lebih-lebih lagi dalam keadaan terlalu banyak isu yang harus diperjelaskan.

J-KOM tidak harus terikut-ikut gaya askar-askar semut atau bawang rangers tetapi mereka perlu menjadi ‘pendamai’ apabila ada isu-isu berkaitan kerajaan yang dibangkitkan rakyat.

Justeru, apabila Muhyiddin diserang dalam Facebook Jokowi, seharusnya J-KOM tampil mempertahankan Perdana Menteri dan memperbetulkan persepsi rakyat.

Tak tahulah kalau apa yang dibangkitkan oleh bawang rangers itu benar semuanya dan tiada fakta yang dapat memperbetulkannya.

Namun, yang kelihataan hanya beberapa kerat pemimpin UMNO seperti Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang kesal kerana mengunakan medan yang salah untuk menyerang Perdana Menteri.

Akibatnya dia pula dituduh sebagai ‘penjilat’ Muhyiddin.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan