26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Ada berani Muhyiddin masuk Parlimen? Soal Puad Zarkashi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – “Beranikah Muhyiddin masuk Parlimen dengan sokongan 107 MP sahaja. Ada berani?”

Soalan itu ditanya oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam hantaran Facebook miliknya hari ini, Mohd Puad menyatakan, Parlimen mesti bersidang semula Ogos depan, sebaik sahaja tempoh Darurat berakhir.

Pada masa yang sama, beliau mendakwa Muhyiddin adalah Perdana Menteri tanpa majoriti.

“Dia ada 109 sokongan sahaja apabila Datuk Jazlan dan Datuk Nazri Aziz tarik balik sokongan kepada Muhyiddin.

“Bahkan bukan rahsia 115 MP hantar surat kepada YDP Agong supaya diadakan sidang khas Parlimen berdasarkan Artikel 150 perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas itu juga mendakwa, Muhyiddin juga bukan seorang Perdana Menteri yang popular.

Beliau membuat andaian itu berdasarkan komen-komen negatif terhadap Muhyiddin termasuk dalam laman Facebook rasmi Istana Negara.

Baca juga:   Pemandu treler lari, gilis penunggang motosikal

Sekiranya apa yang didakwa oleh Mohd Puad itu berasas, Muhyiddin mungkin berdepan masalah untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Bukan sahaja selepas Darurat berakhir, malah mungkin selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Melihat kepada keadaan sekarang pun, Muhyiddin seperti bersendirian di dalam gelanggang politik.

Begitu teruk beliau diserang oleh netizen yang meninggalkan komen dalam ruangan komen laman Facebook Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Baca juga:   Kerajaan kaji laksana sidang Parlimen secara hybrid - Takiyuddin

Namun, setakat malam ini, belum nampak ada seorang pun pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang tampil mengecam perbuatan biadab netizen-netizen terbabit.

Sebaliknya, yang berani mempertahankan Muhyiddin ialah Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih popular dengan gelaran Papagomo.

Apa sudah jadi? Takkanlah pemimpin-pemimpin kanan Bersatu tergamak membiarkan bos besar mereka dikeronyok tanpa belas kasihan oleh netizen.

Tidak pasti sama ada mereka lebih selesa menikuskan diri kerana takut dijadikan bahan kecaman pula.

Usah takut dikecam kerana itu memang asam garam orang politik.

Memanglah patut dikurangkan berpolitik dalam situasi COVID-19 ketika ini.

Cuma patutkah mereka sekadar berpeluk tubuh ketika bos besar diserang bertubi-tubi oleh musuh?

Mungkin mereka lupa sekiranya PN tidak berkuasa lagi selepas PRU-15, mereka juga akan hilang kuasa. – EDISI 9

Baca juga:   Peneroka Felda rugi RM140,000 diperdaya 'Macau Scam'

Wartawan

Terkini

Malaysia mara ke peringkat akhir Piala Merlion

Skuad B-22 negara melangkah ke peringkat akhir Piala Merlion selepas menewaskan Kemboja 4-2 dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar,...

Lagi Artikel Berkaitan