27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Azmin mahu pertahankan Gombak, mampukah dia menang?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Walaupun dijangka berdepan tentangan sengit, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertekad mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menyatakan beliau akan terus berkhidmat untuk para pengundi di kawasan Parlimen berkenaan.

“Saya mengulangi tekad untuk terus memimpin Gombak dan mewakili setiap lapisan masyarakat, tak kira kaum dan agama.

“Inilah tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen dan warganegara Malaysia yang dambakan kemakmuran bersama buat semua anak Malaysia,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette, hari ini.

Seperti ada yang tidak kena dengan penegasan Azmin itu.

Pada 3 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan, PAS Kawasan Gombak memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu dinyatakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Nasir.

Sekiranya Azmin mahu mempertahankan kerusinya, terdapat kemungkinan Perikatan Nasional (PN) akan bertembung dengan BN.

Seperti yang diketahui ramai, BN sememangnya tidak berada dalam kerangka kerjasama politik PN.

BN juga berterus-terang mengatakan bahawa sokongan terhadap kerajaan PN kekal selagi Parlimen tidak dibubarkan.

Cuma agak mengelirukan kerana PAS masih berada dalam gabungan kerjasama politik PN dan pada masa yang sama, mengekalkan hubungan baik dengan UMNO di bawah naungan Muafakat Nasional (BN).

Jika Azmin yang mewakili PN berdepan dengan calon BN, siapakah yang PAS Gombak akan sokong?

Mungkin Azmin berkeyakinan tinggi sebab beliau menang besar pada PRU-14 dengan beroleh 75,113 undi.

Dua lawannya iaitu calon PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin dan calon BN, Datuk Abdul Rahim Kamarudin masing-masing hanya meraih 17,537 undi dan 26,392 undi.

Cuma Azmin perlu ingat satu perkara, beliau bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Pada masa itu pun, Azmin masih bergelar Timbalan Presiden PKR.

Tidak dapat dipastikan berapa ramaikah daripada 75,113 pengundi itu adalah penyokong tegar PH/PKR.

Katakan berlaku pertembungan tiga penjuru antara calon PN, calon BN dan calon PKR, mampukah Azmin mengekalkan momentum serupa?

Lebih-lebih lagi, apabila PAS Kawasan Gombak sendiri secara terbuka menyatakan sokongan terhadap BN. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan