30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tarik balik pembekuan lesen baharu perkhidmatan kurier

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menarik balik pembekuan lesen baharu perkhidmatan kurier yang dikuatkuasakan selama dua tahun sejak 14 September lalu agar lebih banyak syarikat kurier dapat beroperasi di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana keputusan membekukan lesen tersebut sehingga 15 September 2022 atas permintaan persatuan syarikat kurier sedia ada itu tidak kena pada masanya.

Menurut beliau, pembekuan itu dikuatkuasanya ketika permintaan terhadap permintaan itu paling memuncak ketika kerajaan tidak menggalakkan orang ramai keluar ekoran peningkatan kes baharu wabak Covid-19.

“Kita kena ingat. Pada waktu pandemik Covid-19 dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) inilah perkhidmatan kurier amat-amat diperlukan rakyat.

“Macam-macam perlu di hantar ke sana ke sini selepas berulang kali mereka diberi peringatan jangan bergerak ke sana ke sini.

“Bukankah lebih banyak syarikat perkhidmatan kurier beroperasi lebih baik kepada rakyat kerana memberi lebih pilihan,” katanya menerusi akaun Telegramnya hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pertambahan jumlah syarikat kurier ini akan memberi lebih kuasa pengguna, persaingan kualiti perkhidmatan serta menjana lebih peluang pekerjaan.

Tambah beliau, banyak pihak berpandangan industri kurier di negara ini akan terus berkembang walaupun selepas pandemik Covid-19 berakhir.

“Ia akan menjadi salah satu perkhidmatan yang menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia di bandar mahupun di desa.

Advertisements

“Penilaian Kurier Tahunan berasaskan Indeks Pelanggan Perkhidmatan Industri Kurier dua tahun lalu juga mendapati kualiti perkhidmatan industri kurier negara mengalami peningkatan.

“Meningkat kepada 70 peratus pada 2019 berbanding 66 peratus pada tahun sebelumnya. Penilaian itu dibuat sebelum pandemik Covid-19 melanda Malaysia,” katanya.

Justeru, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berharap kerajaan tidak hanya mendengar permintaan pihak syarikat kurier sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.

Sedangkan, kata beliau, kemunculan lebih banyak syarikat akan membuka peluang persaingan yang sihat kepada industri kurier dan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya hanya meluahkan suara hati rakyat demi menjaga kepentingan rakyat kerana rakyat juga yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah kepimpinan pada satu masa nanti,” katanya.

Beberapa hari lalu tular video pekerja sebuah syarikat kurier mengagihkan bungkusan milik pelanggan secara kasar yang konon mereka mogok kerana tidak diberi layanan baik oleh syarikat berkenaan.

Semalam, para pekerja berkenaan tampil memohon maaf dan mengakui kejadian tersebut tiada kena mengena dengan isu dalaman atau potongan gaji yang membabitkan mereka dengan majikan.

Ahmad Zahid berkata, pengakuan syarikat berkenaan bahawa berlaku peningkatan pesat jumlah bungkusan semasa PKP menyebabkan mereka terpaksan menambah para pekerja sementara yang hanya diberi latihan asas.

“Jawapan itu secara tidak langsung membayangkan permintaan telah melebihi penawaran dalam industri perkhidmatan kurier berikutan pandemik Covid-19,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan