31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Benci sekali pun, tak patut hina PM dalam FB Jokowi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sikap segelintir rakyat Malaysia yang mengejek dan mencela Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laman sosial milik Presiden Indonesia, Joko Widodo sangat dikesalkan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata, walau bagaimana benci sekali pun terhadap Perdana Menteri, tindakan mengaibkan pemimpin negara itu sehingga ke luar negara sangat tidak matang.

“Saya rasa malu bila mana gerombolan mereka (warganet) rakyat Malaysia masuk komen dalam FB (Facebook) Bapak Presiden Indonesia Jokowi dengan melemparkan bermacam macam komen yang pada saya tidak matang dan jelek.

“Malah ada rakyat Indonesia yang komen rasa pelik dan terkejut dengan komen-komen dari rakyat Malaysia menghina mencerca memaki malah membabi butakan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kaget mereka dengan sikap segelintir rakyat kita,” katanya menerusi Instagram hari ini.

Semalam, Muhyiddin telah mengadakan lawatan rasmi singkat ke Jakarta bagi memenuhi jemputan Presiden Jokowi, iaitu lawatan pertama beliau ke luar negara sejak memegang jawatan Perdana Menteri 1 Mac tahun lalu.

Antara yang menjadi topik perbincangan kedua-dua pemimpin tersebut adalah mengenai isu demokrasi di Myanmar sehingga mengundang ‘askar bawang’ dari Malaysia “menyerang” Muhyiddin dengan pelbagai tuduhan.

Wan Muhammad Azri berkata, Muhyiddin merupakan Perdana Menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan sewajarnya beliau perlu dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Advertisements

“Saya bukanlah gemar dengan TSMY (Muhyiddin) apatah lagi hari ini krisis Covid gagal diurus tadbir kerajaan. Tetapi beliau adalah PM kita.

“Nak kritik atau kasar sekalipun bahasanya biarlah dalam rumah kita. Adalah mengaibkan Malaysia bila mana Perdana Menteri kita sendiri diaibkan rakyatnya di negara jiran,” katanya.

Sikap segelintir haters Malaysia itu turut mengundang maklum balas warganet Indonesia lain.

Seorang daripada mereka, Yani Latif berkata, dia hairan dengan sikap rakyat negara ini yang merungut terhadap pemimpin mereka dalam media sosial pemimpin dari negara lain.

“Ternyata Indonesia dan Malaysia berbeda. Indonesia complain kebijakan Presiden dengan turun ke jalan, Malaysia complain PM ke medsos (media sosial) Presiden negara tetangga.”

Manakala Januar Effendi, pula menggesa pentadbir media sosial Jokowi menutup segera ruangan komen memandangkan komen-komen jelik dari warganet Malaysia terhadap Perdana Menteri sudah tidak boleh dikawal.

“Admin harus segera menutup kolum komentar sebab rakyat Malaysia sudah tak bisa dikendalikan berkomentar menjelekan pemimpinnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan