26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 2, 2023

Sejak bila Melayu angkuh? Soal Sanusi kepada Anwar

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KETUA Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri agar orang Melayu selaku kaum majoriti di negara tidak berasa selesa dan angkuh.

Menteri Besar Kedah itu turut meminta Anwar merujuk Melayu mana yang dikatakan terlalu selesa dan angkuh seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Tambun itu sebelum ini.

“Melayu mana yang selesa dan angkuh tu?  Bila Melayu angkuh? Takkan kena ambil Kemboja sebagai model? 

“Cuba baca balik sejarah daripada 2 juta nyawa yang dibunuh dalam kekejaman regim Pol Pot, siapa paling ramai? Selepas itu mereka melunak. Baca lahhh,” katanya menerusi kiriman Facebook pada Selasa.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan orang Melayu selaku majoriti di negara ini tidak terlalu selesa dan angkuh.

Kata Anwar, mereka perlu menghargai hak kaum minoriti yang lain dengan mengambil pengajaran daripada pentadbiran Kerajaan Kemboja yang meraikan masyarakat Islam di negara itu. – Edisi 9

Terkini

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Esok bakal menentukan siapa...

Lagi Artikel Berkaitan